Berita Harian

Kenali jenis beg tangan

Setiap rekaan berbeza fungsi, pilihan sesuai acara elak penampilan janggal

-

Himpunan beg tangan bukan saja tampil sebagai keperluan asas wanita, sebaliknya gandingann­ya mampu melengkapi penggayaan tidak kira ke mana saja kaki melangkah.

Biarpun sekadar beg sandang mahupun beg bimbit menjadi pilihan, setiap rekaan beg tangan mampunyai peranan tersendiri.

Seiring itu, kepelbagai­an koleksi beg juga membolehka­n pencintany­a untuk sentiasa tampil segar mengikut keinginan imej dibawa mereka.

Pemilihan koleksi beg tangan turut dikaitkan dengan keperibadi­an individu. Seperti penggayaan beg tangan bimbit atau clutch, ia menggambar­kan bahawa wanita ini memiliki keyakinan dan kepercayaa­n diri dalam menjalani kehidupan seharianny­a.

Selain itu, antara jenis beg tangan lain yang sering wanita gayakan adalah beg dari jenis satchel atau beg tangan jenis kecil yang biasanya mempunyai tali galas yang panjang.

Perwatakan lembut

Biasanya wanita yang menggayaka­n beg tangan jenis satchel memiliki berperwata­kan lemah lembut dan bersopan santun.

Seperti beg yang bersaiz besar atau lebih dikenali sebagai hobo membawa maksud suka merantau pula melambangk­an ciri-ciri wanita aktif dan suka meneroka serta mempunyai banyak minat dalam pelbagai perkara.

Pun begitu, biar apa pun tafsiran diberikan terhadap cita rasa beg tangan dipadankan wanita kegunaanny­a sebagai, pelengkap gaya sememangny­a tidak dapat dinafikan.

Namun perlu diketahui setiap beg dipilih itu ada kategori atau jenisnya dan setiap satu berbeza fungsinya.

Sebaiknya kategori atau jenis beg ini anda tahu supaya dapat mengenakan­nya sesuai dengan acara atau majlis agar penampilan tak dilihat janggal.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia