Berita Harian

Rekaan praktikal, maskulin pilihan jejaka

-

Lelaki gemarkan pakaian tampak ringkas, santai dan memperliha­tkan sisi maskulin. Jadi, kebanyakan baju yang sering menjadi pilihan adalah daripada warna yang tidak keterlalua­n dan corak ringkas.

Fesyen pakaian lelaki lazimnya senada dan kurang memberi kesegaran pada penampilan. Justeru, bagi menghilang­kan ‘kebosanan’ berkenaan, jenama antarabang­sa dari China, HLA, tampil buat julung kalinya mewarnai dunia fesyen lelaki dengan membuka butik pertama di MYTOWN Shopping Centre, Cheras. Presidenny­a, Louis Zhou, berkata konsep diperkenal­kan untuk jenama ini lebih kepada praktikal, segak dan maskulin. Malah, ia sesuai digayakan mengikut majlis, kena pada cuaca tropika dan setanding dengan kualiti ditawarkan. Sempena pembukaann­ya, HLA memperkena­lkan koleksi Musim Bunga dan Panas 2017 dengan pemilihan pakaian kasual ringkas dan dipadankan dengan warna yang menyerlah.

Penampilan abad ke-21

“Pakaian paling versatil yang perlu ada di dalam almari pakaian lelaki untuk musim ini adalah sut. HLA juga menawarkan pelbagai pakaian dengan tekstur material dan warna mengagumka­n yang dapat menyerlah penampilan pada abad ke-21 ini.

“Malaysia menjadi pilihan kami untuk mengembang­kan perniagaan kerana Kuala Lumpur (KL) adalah ibu kota yang memperliha­tkan pelbagai gaya terkini yang sentiasa menjadi rujukan dan pilihan tidak kira, masyarakat tempatan dan juga pelancong.

“Jadi pastinya mereka semua ternanti-nantikan fesyen terkini dan HLA dapat memberi jaminan untuk melengkapk­an gaya anda dari siang hingga ke malam, katanya pada pelan- caran butik pertamanya.

Yang turut hadir adalah Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Chong Yoke Har dan Pengurus Besar MYTOWN Shopping Centre, Joakim Hogsander.

 ?? [ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM /BH ] ?? HLA menawarkan pakaian versatil untuk lelaki.
[ FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM /BH ] HLA menawarkan pakaian versatil untuk lelaki.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Pelbagai gaya terkini ditawarkan.
Pelbagai gaya terkini ditawarkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia