Berita Harian

Jangan gusar hadapi perkahwina­n jarak jauh

Tanam sikap saling percaya, gunakan kecanggiha­n teknologi komunikasi untuk rapatkan hubungan

-

Tahniah kepada Saubah dan pasangan atas majlis pernikahan yang sudah dirancang pada tahun hadapan.

Semoga semuanya berjalan lancar dan bahagia hingga ke akhir hayat.

Sebenarnya, Saubah tidak perlu bimbang dengan ikatan perkahwina­n walaupun dalam keadaan jarak jauh.

Ini adalah kerana pada zaman serba canggih ini, jarak bukan halangan untuk pasangan meneruskan perhubunga­n.

Malah, ada beberapa kajian menunjukka­n, hubungan atau perkahwina­n jarak jauh meningkatk­an rasa cinta, dan mengeratka­n jalinan kasih sayang. Namun, ada beberapa perkara yang mungkin Saubah perlu titik beratkan bersama pasangan.

Fokus kepada perkara positif

Di dalam memupuk cinta jarak jauh, Saubah dan pasangan perlu tahu tanggungja­wab masingmasi­ng dan kepercayaa­n yang diberikan antara satu sama lain.

Perhubunga­n sosial perlu dibataskan supaya tidak menimbulka­n sangsi atau fitnah di kemudian hari.

Saubah dan bakal suami perlu sentiasa berhubung melalui aplikasi sosial kerana perhubunga­n ini akan membuatkan pasangan berasa dekat walaupun hakikatnya jauh beribu batu.

Selain itu, Saubah juga perlu fokus kepada perkara positif dan memupuk kebahagiaa­n bersama.

Malahan, Saubah juga boleh mengambil peluang dengan merancang melawat bakal suami nanti di luar negara sambil bercuti.

Kena sama-sama bijak sesuaikan diri

Fikirkan perancanga­n awal yang boleh dibuat supaya Saubah dan pasangan dapat memberi tumpuan pada hubungan ini dan bukannya mencari kesalahan atau menduga kasih sayang antara satu sama lain.

Bagaimanap­un, sekiranya timbul rasa tidak puas hati atau suasana yang boleh mewujudkan rasa negatif seperti emosi marah ketika berjauhan, Saubah perlu menyelesai­kan masalah yang dihadapi secara bersemuka atau menerusi aplikasi video seperti skype atau panggilan video.

Kaedah ini membolehka­n Saubah dan pasangan melihat wajah masingmasi­ng ketika bercakap atau berbincang tentang isu yang berlaku. Ini adalah lebih baik daripada berhubung melalui perkataan kerana ayat yang ditulis boleh menimbulka­n maksud atau pemahaman berbeza.

Semua ini perlu dirancang sebelum sesuatu berlaku. Sekiranya tarikh perkahwina­n sudah ditetapkan dan dipersetuj­ui kedua-dua pihak, tiada sebab untuk perkara baik ini ditunda.

Paling utama ialah penyesuaia­n diri dan sepakat antara Saubah dan pasangan kerana pada zaman ini, jarak tidak lagi menjadi satu masalah.

 ??  ??
 ??  ?? Teknologi komunikasi memudahkan perhubunga­n jarak jauh.
Teknologi komunikasi memudahkan perhubunga­n jarak jauh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia