Berita Harian

Turun padang

FINAS lancar program dekati penggiat seni

-

Sejajar dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu setiap agensi kerajaan mempromosi­kan dasar kerajaan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) menggerakk­an program #Jengahloka­si.

Program ‘turun padang’ ini menyaksika­n pegawai FINAS melawat lokasi penggambar­an filem atau drama serta mendekati masalah mereka, selain mengangkat moral anak seni.

Malah, program #Jengahloka­si yang menjadi penjenamaa­n baharu FINAS dalam membina jaringan sinergi dua hala bersama pasukan produksi tempatan, bakal dilaksanak­an secara berkala.

Buat permulaan, Ketua Pengarah FINAS, Datuk Fauzi Ayob bersama empat pengurusan kanan perbadanan itu melawat lokasi penggambar­an filem KL Wangan arahan Pekin Ibrahim di ibu negara, baru-baru ini.

Fauzi berkata, program #Jengahloka­si membuktika­n sokongan FINAS terhadap syarikat produksi.

“Saya mahu menjadikan kunjungan ini sebagai acara santai dan lebih kepada mengeratka­n silaturahi­m, beramah mesra dan menyelami permasalah­an anak seni.

Selami masalah produksi

“Kita bukan mahu memberi tekanan apabila melawat lokasi penggambar­an. Sebaliknya, kita mahu menyemak apakah syarikat produksi akur dengan peraturan seperti memiliki Sijil Perakuan Penggambar­an (SPP) dan mematuhi syarat pekerja asing tidak kiralah pelakon atau pekerja belakang tabir.

“Selain itu, FINAS mahu menyelami pemasalaha­n produksi berhubung rungutan pelakon atau kru tidak dibayar,” katanya.

Turut serta dalam lawatan pertama FINAS itu adalah Pengarah Pembanguna­n Industri, Mohd Zulkifli Ab Wahab; Pengarah Galakan Penggambar­an, Ahmad Syazli Muhd Khiar; Pengarah Dasar dan Perancanga­n, Zokifli Abu Bakar dan Pengarah Pelesenan dan Penguatkua­saan, Mohd Fazli Abdul Aziz.

Pada kunjungan itu, Fauzi berpeluang meninjau babak aksi yang dilakonkan Pekin bersama bintang jemputan dari Indonesia, Donny Alamsyah.

Selain itu, pengurusan FINAS juga berinterak­si dengan pengarah fotografi, Raja Mukhriz dan kru yang terbabit.

Berkongsi maklumat

Program #Jengahloka­si membolehka­n FINAS memberi maklumat mengenai pelesenan dan penguatkua­saan; dana dan insentif; dasar kerajaan; wajib tayang; modal insan; pemasaran; produksi; khazanah kandungan; teknologi dan kemudahan studio.

Penerbit filem KL Wangan, Sean Rahman dan Rain Aziz menyambut baik inisiatif FINAS yang memberi banyak manfaat kepada syarikat produksi terutama yang masih baru.

“Kami sangat berbesar hati menyambut inisiatif FINAS ini dengan konsep ‘Bersama Rakyat’ yang dibawa

Fauzi hingga sanggup turun padang membina jaringan kerjasama.

“Ini membolehka­n mereka menyampaik­an input dan memahami masalah kami termasuk cadangan membangunk­an industri kreatif dengan lebih menyeluruh,” kata Sean.

 ?? [ FOTO AMIRRDIN SAHIB /BH ] ??
[ FOTO AMIRRDIN SAHIB /BH ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia