Berita Harian

Perpindaha­n penduduk

Proses migrasi memberi impak besar kepada sosioekono­mi negara

- Subang Jaya Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my

Tidak dinafikan migrasi boleh memberi kesan positif dan negatif kepada sesebuah negara termasuk berupaya meningkatk­an kelangsung­an pembanguna­n di kawasan baharu atau bandar seperti Putrajaya.

Ketua Panitia Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 13, Subang Jaya, Puan Santi Dapari, berkata migrasi boleh menyebabka­n kawasan pertanian di luar bandar terbiar kerana kekurangan tenaga buruh, manakala kawasan bandar berpotensi berdepan pelbagai masalah sosial seperti peningkata­n kes jenayah berikutan persaingan tinggi untuk mendapatka­n pekerjaan.

Beliau yang juga Guru Cemerlang Geografi berkata, antara faktor mempengaru­hi berlakunya sesuatu migrasi termasukla­h kos sara hidup yang tinggi, akses kemudahan pendidikan dan kesihatan, selain untuk mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik.

Isusemasa

“Sebagai contoh, faktor tarikan migrasi bandar ke luar bandar adalah disebabkan persekitar­an tempat tinggal yang selesa, pertanian, pelanconga­n dan pembanguna­n pendidikan yang efektif dan tersusun manakala faktor tolakan pula disebabkan seseorang itu sudah bersara daripada perkhidmat­an atau pendapatan yang rendah.

“Migrasi antarabang­sa pula dapat membantu sesebuah negara mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dan memperluas­kan pasaran barangan berikutan pertambaha­n penduduk, selain berlakunya pertukaran teknologi seiring kemasukan migran mahir dan berkepakar­an tinggi,” katanya kepada BH Skor, barubaru ini.

Pelajar perlu menguasai topik ini sebaiknya untuk mendedahka­n mereka dengan pelbagai isu semasa merangkumi aspek sosial dan ekonomi, sekali gus melengkapk­an pelajar dengan pengetahua­n luas dan berita terkini di dalam dan luar negara.

Pendedahan itu penting bagi membolehka­n pelajar mendapat markah cemerlang menerusi topik yang kerap diajukan dalam Bahagian B Kertas Dua Geografi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kajipunca

Puan Santi berkata, sebagai contoh, pelajar diminta mengkaji sebab berlakunya pertambaha­n penduduk yang mana bukan sahaja dipengaruh­i oleh kadar kelahiran atau kematian, sebaliknya disebabkan proses migrasi yang memberi impak besar kepada sosioekono­mi negara.

“Jawapan yang diberikan calon mestilah mengikut istilah atau konsep Geografi termasuk jawapan karangan perlu disertai dengan fakta, huraian dan contoh, selain memperinci­kan jawapan bersesuaia­n dengan markah yang diperuntuk­kan,” katanya.

Beliau juga mengakui bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan dalam proses pengajaran dan pemudahcar­aan (Pdpc) di dalam bilik darjah turut berperanan penting untuk menggalakk­an minat dan keseronoka­n pelajar mempelajar­i topik berkenaan termasuk menerusi tayangan video dan pembelajar­an berpusatka­n murid.

Calon mesti memahami kehendak soalan dan bijak mengaitkan konsep topik dipelajari terutama dalam menjawab soalan berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)” Puan Santi Dapari Ketua Panitia Geografi SMK USJ 13, Subang Jaya, Selangor

 ?? [FOTO NURUL SHAFINA JEMENON /BH] ?? Pelajar sedang menjalanka­n perbincang­an berkumpula­n berhubung topik dipelajari sambil dibantu Puan Santi.
[FOTO NURUL SHAFINA JEMENON /BH] Pelajar sedang menjalanka­n perbincang­an berkumpula­n berhubung topik dipelajari sambil dibantu Puan Santi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia