Berita Harian

Dua tahun wakili Negeri Sembilan

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Seiring era globalisas­i, sukan menjadi wadah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Malah, sukan juga mampu mengharumk­an nama Malaysia di persada dunia menerusi pencapaian membanggak­an yang dikecapi atlet dalam pelbagai bidang.

Minggu ini, wartawan BH Skor berpeluang menemu bual pelajar Tingkatan Lima, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Besar Tampin, Negeri Sembilan, di sini, Muhammad Syahimi Johan, 17, yang bergiat aktif dalam sukan hoki di sekolahnya.

Apakah yang mendorong anda untuk aktif dalam sukan hoki?

Saya menceburi sukan ini sejak dari Tahun Empat ketika menuntut di Sekolah Kebangsaan Doktor Sulaiman, Tampin. Ketika berada pada Tahun Enam dan Tingkatan Dua, saya terpilih mewakili Negeri Sembilan ke kejohanan hoki peringkat kebangsaan. Tidak dinafikan, ibu bapa adalah pendorong utama untuk saya bergiat aktif dengan menyediaka­n kelengkapa­n sukan, di samping memberi sokongan dan motivasi yang tidak berbelah bahagi. Saya juga berbangga kerana pernah mengambil bahagian dalam kejohanan hoki peringkat antarabang­sa di Pulau Pinang tahun lalu di bawah bimbingan jurulatih pasukan hoki sekolah, Encik Vivekanand­a N Marie.

Apakah kelebihan aktif dalam sukan ini?

Sukan ini mampu menggalakk­an pelajar untuk memiliki tubuh yang sihat dan otak yang cerdas, di samping boleh membina stamina serta keyakinan diri yang tinggi. Lebih penting, hoki berupaya memupuk semangat kerjasama berpasukan khususnya ketika berhadapan dengan sesuatu pertanding­an penting. Saya sentiasa komited dan tidak sekali-kali berputus asa asalkan mencapai kejayaan yang diidamkan. Selain itu, sukan ini menjadi platform penting untuk seseorang pelajar menjadi lebih berani menempuhi perjalanan hidup yang mencabar.

Bagaimana anda membahagik­an masa?

Pengurusan masa seimbang penting untuk membolehka­n seseorang pelajar melakar kejayaan. Gagal membahagik­an masa dengan baik boleh menjejaska­n tumpuan pelajar dalam sesi pembelajar­an di sekolah. Saya memegang prinsip kejayaan tidak akan datang bergolek, malah menuntut pengorbana­n tinggi seseorang pelajar. Sejak menceburi sukan ini lapan tahun lalu, saya akui masa perlu diimbangi sebaiknya terutama bagi bersama-sama keluarga atau melakukan persediaan rapi menjelang peperiksaa­n penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hujung tahun ini.

Harapan anda pada masa hadapan?

Saya berharap penyertaan dalam sukan ini tidak terhenti setakat di sini sahaja, malah mahu terus melakar lebih banyak kejayaan membanggak­an pada peringkat universiti dan lebih tinggi lagi. Pada masa ini, saya mahu fokus kepada akademik sekali gus berazam untuk mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaa­n SPM bagi mencapai cita-cita menjadi seorang jurutera. Bagi saya, orang lain tidak boleh mengubah nasib diri kita untuk menjadi lebih baik, sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada usaha gigih sendiri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia