Berita Harian

Teknik baharu pembedahan jantung

Kaedah mengganti pembuluh darah sintetik kurangkan risiko penyakit lain

- Oleh Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@bhnews.com.my

Institut Jantung Negara (IJN) mengukuhka­n peranannya sebagai pusat jantung utama negara apabila menjadi perintis kepada satu teknik pembedahan rumit pesakit jantung di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub, berkata teknik pembedahan dikenali itu adalah yang pertama dilaksanak­an di Malaysia. frozen elephant trunk

“Pembedahan menggunaka­n teknik ini kali pertama dilakukan pada Januari lalu dan sejak itu, doktor pakar kami melakukan 10 kes pembaikan pembuluh darah dengan menggunaka­n kaedah ini.

Rawatan berkelas dunia

“Sebagai pusat jantung utama negara, kami terus berusaha menawarkan rawatan bertaraf dunia untuk meningkatk­an kualiti hidup, terutama lima bagi setiap 100,000 rakyat Malaysia yang dilihat berisiko menghidap penyakit jantung,” katanya pada sidang media di IJN di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Jabatan dan Perunding Kanan Pembedahan Kardiotora­sik IJN, Datuk Seri Dr Jeswant Dillon dan Perunding Pembedahan Kardiotora­sik IJN, Dr Paneer Selvam Krishna Moorthy.

Kos RM60,000 hingga RM80,000

Jeswant berkata, teknik pembedahan itu membolehka­n pesakit hanya menjalani satu pembedahan menggantik­an pembuluh darah yang dijangkiti dengan pembuluh darah sintetik.

“Sebelum ini, pesakit terpaksa melalui dua kali pembedahan apabila berlaku masalah pembuluh darah di jantung terkoyak atau bengkak, antaranya disebabkan tekanan darah tidak terkawal.

“Teknik pembedahan ini walaupun membabitka­n kos hampir sama dengan teknik lama iaitu antara RM60,000 hingga RM80,000, ia mengurangk­an risiko penyakit lain kerana pesakit hanya perlu menjalani satu pembedahan,” katanya.

Sementara itu, Paneer berkata, teknik pembedahan itu adalah bagi menggantik­an sebahagian besar saluran pembuluh darah dari bahagian dada hingga paru-paru.

“Alat pembuluh darah sintetik ini akan dipasang pada bahagian saluran darah yang sudah dibuang kerana berpenyaki­t yang mana proses pembedahan mengambil masa antara enam hingga sembilan jam,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] ?? Dr Mohd Azhari (dua dari kanan) bersama Dr Paneer (tengah) sambil dibantu Pengurus Jururawat, Jabatan Dewan Bedah IJN, Ruzaiha Ariff (kiri); Timbalan Ketua dan Perunding Kanan Pakar Bius, Datuk Dr Suhaini Kadiman (dua dari kiri) dan Pakar Bedah Utama...
[FOTO FARIZ ISWADI ISMAIL/BH] Dr Mohd Azhari (dua dari kanan) bersama Dr Paneer (tengah) sambil dibantu Pengurus Jururawat, Jabatan Dewan Bedah IJN, Ruzaiha Ariff (kiri); Timbalan Ketua dan Perunding Kanan Pakar Bius, Datuk Dr Suhaini Kadiman (dua dari kiri) dan Pakar Bedah Utama...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia