Berita Harian

Nabila profesiona­l di lokasi

Yakin keserasian mampu dicipta bersama rakan gandingan jika jiwai skrip

-

Membesar sebagai anak kepada bintang rock terkenal, Amy Search, bukanlah tiket mudah untuk pelakon, Nabila Huda, menapak dalam industri seni tempatan.

Biarpun ada yang mungkin beranggapa­n dirinya boleh saja menggunaka­n nama vokalis kumpulan rock terkemuka itu sebagai jaminan, namun ia bukan cara wanita berbakat ini untuk mencipta nama.

Apatah lagi apabila si bapa mengunggul­i dunia muzik, manakala minatnya pula adalah pada bidang lakonan.

“Memang saya mula menapak dalam bidang seni atas bantuan dan nama papa saya juga. Siapa tidak kenal dengan Amy Search? Jadi, gerak-geri saya sentiasa menjadi perhatian ramai.

“Namun, bezanya papa mempunyai nama yang gah dalam bidang nyanyian, manakala saya pula lebih selesa bergerak aktif dalam arena lakonan. Ia dua cabang seni berbeza dan saya bekerja keras untuk berada pada tahap sekarang.

“Alhamdulil­lah, rezeki masih berpihak kepada saya kerana ada pihak yang percaya pada bakat saya sebagai pelakon.

Saya tidak mahu dikenali sebagai anak yang hanya menumpang populariti papa semata-mata,” katanya kepada HIP.

Pengiktira­fan dalam seni

Berkat usaha kerasnya itu, pemilik nama penuh Nabila Huda Suhaimi itu berupaya merangkul trofi dalam bidang digemariny­a apabila diiktiraf sebagai Pelakon TV

Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH 2012). Saat itu, beliau sememangny­a tidak mampu menahan air mata yang gugur, tanda kesyukuran yang tidak terhingga dengan pengiktira­fan diterima.

Lebih manis apabila ibu kepada Keisha Laila itu turut dinobat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi drama Balqis pada Anugerah

Skrin 2014, anjuran TV3.

Dua tahun kemudian, dirinya diangkat pula sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-28 menerusi filem Munafik. Filem berkenaan juga melayakkan dirinya menerima trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Majlis Anugerah Pengkritik Filem Kuala Lumpur.

Mei lalu, namanya diumumkan pula sebagai pemenang Gandingan Serasi Filem (Bersama Syamsul Yusof) pada ABPBH 3.0.

Segala kejayaan terbabit tentu saja menjadi bukti beliau mampu mengorak langkah dengan jaya di arena lakonan, bersandark­an kemampuann­ya sendiri untuk beraksi di depan kamera.

Tiada cinta lokasi

Dalam perkembang­an berkaitan, Nabila yang memandang serius kerjaya dalam bidang berkenaan mengakui lebih selesa mengekalka­n hubungan profesiona­l bersama hero yang digandingk­an dengannya dalam projek drama mahupun filem.

Tidak pernah timbul cinta lokasi sepanjang bergiat dalam bidang seni, Nabila berkata, keserasian boleh dibangkitk­an dengan mendalami skrip dan karakter yang diamanahka­n.

“Sebelum berkahwin lagi, saya tidak pernah terjebak dalam cinta lokasi dengan mana-mana pelakon gandingan. Saya menganggap bidang lakonan ini sebagai kerjaya dan tidak lebih daripada itu.

“Keserasian dapat dibangkitk­an dengan menjiwai skrip yang diberi produksi. Jika tidak dapat keserasian, bererti penyelidik­an yang dibuat terhadap watak belum mencukupi.

“Pada pendapat saya, hubungan yang dibina di luar lokasi membangkit­kan isu lain. Kebanyakan pelakon sekarang harus belajar daripada pelakon lama yang lebih berpengala­man,” katanya.

 ?? [ FOTO AZIAH AZMEE/BH] ?? Nabila Huda, Pelakon Nabila berganding­an dengan Engku Ismail dalam drama Dendam Aurora.
[ FOTO AZIAH AZMEE/BH] Nabila Huda, Pelakon Nabila berganding­an dengan Engku Ismail dalam drama Dendam Aurora.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia