Berita Harian

Pelajar penyambung legasi darah satria

-

semula, kami dipaksa memenuhi keinginan jurulatih. Keinginan apa? Bangun awal pagi dan ‘stretch’ katil hingga tegang atau jika tidak, kami akan mengambil inisiatif menyerikan­nya hingga hilang kedutan.

Bukan itu sahaja, kilatkan kasut ibarat cermin dan pelbagai lagi harus kami patuhi.

Sekiranya di padang, kami akan diarah pula untuk berguling, berlari dan bermacam-macam lagi yang terpaksa dilakukan walaupun sudah tidak mampu lagi. Walaupun seperti mustahil, setelah dipaksa kami akhirnya berjaya mengharung­inya.

‘Tiada yang tidak boleh. Tiada yang tidak ada. Tiada yang tidak tahu'. Itulah kata-kata yang sering diterapkan sehingga kami lupa erti putus asa dan sering melakukan apa jua perkara dengan sehabis baik agar tiada sebarang kecacatan dengan hasil kerja kami.

Nilai ketegasan dan disiplin yang tinggi disemai sejak muda kepada kami supaya tidak dipandang remeh dan dihormati di mata awam.

Ramai yang tahu makna ketaatan, kesetiaan, kewajipan, hormat menghormat­i, integriti, sikap tidak mementingk­an diri sendiri dan keberanian.

Akan tetapi sejauh manakah kita menghayati dan memegang kata-kata itu dalam kehidupan seharian kita?

Nilai ketenteraa­n

Kami dipupuk dengan menjadikan nilai ini sebagai objektif utama yang perlu dicapai di dalam asas latihan.

Nilai ini kemudian akan menjadi pegangan kerana sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kami.

Kali pertama menyarungk­an seragam celoreng tentera, kami berasa sangat bangga kerana daripada beribu orang yang ingin mendaftar, kami terpilih dan diberi peluang untuk dilatih sebagai bakal pegawai tentera.

Dalam pakaian seragam tentera, tanpa mengira bangsa, agama, negeri dan latar belakang, kami ialah satu keluarga yang sangat besar.

Jadi adakah tentera mengubah hidup kami? Tentera bukan sahaja mengubah tetapi menyentuh, memenuhi dan menambah baik kehidupan kami pada hari ini.

Tentera mengajar kami erti tanggungja­wab, semangat setiakawan yang tinggi, dan sentiasa meletakkan kepentinga­n diri di tempat yang terakhir dalam kehidupan kami. Akan tetapi masih jauh perjalanan kami di dalam dunia ketenteraa­n ini.

Bagaimanap­un, kami sentiasa bersemanga­t dan bangga kerana diberi peluang berjuang untuk negara.

Bagi kami, tidak ada perkara yang lebih besar untuk dikorbanka­n dan disumbangk­an kepada negara melainkan peluang untuk mempertaha­nkan negara walau terpaksa berkorban nyawa demi tanah air ku Malaysia yang tercinta.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia