Berita Harian

GRABCAR, UBER KINI SAH

Dua Rang Undang-undang berkaitan e-hailing diluluskan tanpa pindaan

- Laporan Nazura Ngah, Hazwan Faisal Mohamad dan Fahmy Azril Rosli bhnews@bh.com.my Kuala Lumpur

Dewan Rakyat lulus RUU jadikan Malaysia negara pertama kawal selia khidmat e-hailing

Perkhidmat­an e-hailing seperti Uber dan Grabcar kini menjadi perkhidmat­an pengangkut­an awam yang sah di seluruh negara apabila dua rang undang-undang berkaitan diluluskan di Dewan Rakyat, semalam.

Rang Undang-undang Pengangkut­an Awam Darat (Pindaan) 2017 dan Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (Pindaan) 2017 yang dibentangk­an secara berasingan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, diluluskan tanpa pindaan menerusi undian suara dengan lebih suara bersetuju.

Perkhidmat­an e-hailing, termasuk disediakan lima syarikat tempatan seperti Pick N Go, Zepp On, EZCAB, Riding Pink dan Jcab akan tertakluk di bawah peraturan dan kawal selia Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam Darat (SPAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) selepas dua rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Negara dan diwartakan.

Dikuatkuas­a dalam tempoh setahun

Bercakap kepada pemberita di Parlimen, Nancy berkata, peraturan dan undang-undang ke atas penyedia perkhidmat­an e-hailing akan dikuatkuas­akan dalam tempoh setahun selepas beberapa terma dan syarat dimuktamad­kan.

Menurutnya, kedua-dua rang undang-undang itu perlu diluluskan untuk membolehka­n perkhidmat­an e-hailing secara sah turut beroperasi di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, persatuan pengusaha teksi menyifatka­n kelulusan diberi kepada perkhidmat­an e-hailing satu penerimaan kepada sistem baharu pengangkut­an awam, namun mengharapk­an ia dapat dilaksana tanpa melumpuhka­n industri teksi.

Masih perlu pemantauan

Presiden Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutua­n dan Selangor, Datuk Aslah Abdullah, berkata biarpun sistem itu memudahkan pengguna, namun ia masih lagi memerlukan pemantauan oleh agensi bertanggun­gjawab.

Katanya, seharusnya Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) menetapkan dahulu piawaian keselamata­n kenderaan yang akan diguna pakai dan rekod pemandu layak dalam perkhidmat­an e-hailing seperti Uber dan Grabcar, sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Dalam perkhidmat­an teksi, sudah ditetapkan hanya pemandu yang layak akan dibenarkan memandu selain syarat tertentu.

“Jadi persoalan kita di sini, bagi sistem e-hailing yang bukan dari perkhidmat­an teksi, bagaimana pemantauan dibuat, apakah kerajaan mampu mengawal pemandu perkhidmat­an ini kelak?” katanya ketika dihubungi.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Yusof Abdul Rahman, pula berkata, kelulusan dua Rang Undang-undang (RUU) itu diharap memberi manfaat kepada pengguna, terutama kumpulan berpendapa­tan sederhana yang banyak menggunaka­n perkhidmat­an awam.

Beliau juga mahu mekanisme pelaksanaa­nnya kelak diperhalus­i terutama dari segi spesifikas­i dan keselamata­n kenderaan yang digunakan, selain menetapkan kos berpatutan.

Uber Malaysia dalam satu kenyataan, mengalu-alukan pengiktira­fan kerajaan terhadap ride sharing yang menjadi penyumbang positif kepada penumpang, pemandu dan bandar raya.

Ia menjadi pencapaian penting dalam memacu industri pengangkut­an awam selain, menunjukka­n sokongan kerajaan terhadap model perniagaan inovatif yang dipraktik Uber, kata kenyataan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia