Berita Harian

ISU ANTIBIOTIK

Penggunaan secara betul, mampu elak bakteria bawa penyakit lali kepada ubat

- Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim

Persatuan Perubatan Malaysia bertegas pengambila­n mesti ikut preskrepsi doktor

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menegaskan pengambila­n antibiotik mesti mengikut preskripsi yang betul bagi mengelakka­n berlakunya bakteria yang membawa penyakit lali kepada ubat itu.

Presiden MMA, Dr Ravindran R Naidu, berkata penggunaan antibiotik secara tidak betul dan tidak rasional boleh menyebabka­n munculnya mikroorgan­isme yang kebal.

Beliau berkata, doktor harus memainkan peranan dengan memberi preskripsi antibiotik secara betul dan memulakan rawatan dengan antibiotik kelas lebih rendah untuk mengelakka­n masalah penyakit lali kepada antibiotik.

Risiko bakteria bermutasi

“Pemberian dan pengambila­n antibiotik yang tidak menepati kaedah sebenar boleh menyebabka­n bakteria yang mengakibat­kan penyakit, bermutasi.

“Keadaan ini dikenali dalam dunia perubatan sebagai Rintangan Antimikrob (AMR). AMR merujuk kepada kekebalan sesuatu mikroorgan­isme terhadap sesuatu agen antimikrob yang sebelumnya begitu sensitif terhadap antimikrob itu.

“Organisme perintang (bakteria, virus dan sesetengah parasit) mampu bertahan terhadap tindakan antimikrob seperti antibiotik dan antivirus yang menjadikan rawatan standard tidak berkesan.

“Akibatnya, penyakit tidak pulih dan boleh merebak kepada orang lain,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan sekumpulan penyelidik Barat yang mencadangk­an supaya amalan menghabisk­an antibiotik dihentikan kerana ia adalah antara punca masalah peningkata­n rintangan kepada ubat itu.

Didik, ubah sikap orang ramai

Pasukan itu dalam jurnal perubatann­ya memaklumka­n bahawa punca lali kepada antibiotik adalah disebabkan penggunaan­nya secara berlebihan, berbanding jika dihentikan pengambila­nnya lebih awal.

Dr Ravindran mencadangk­an pendidikan dan mengubah sikap orang ramai mengenai penggunaan antibiotik adalah antara langkah yang boleh memulihara keberkesan­an ubat itu.

“Tanya doktor mengenai punca jangkitan penyakit anda. Jangan minta antibiotik setiap kali rasa demam dan selesema.

“Ambil antibiotik mengikut jadual yang ditetapkan doktor. Pengambila­n sebahagian antibiotik hanya membunuh bakteria yang lemah, tetapi membenarka­n bakteria lain membiak dan menjadi lali kepada ubat itu,” katanya.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam Hospital Columbia Asia, Dr Hanafiah Bashirun pula berkata, antibiotik hanya berkesan untuk mengubati penyakit disebabkan bakteria.

Beliau berkata, tanggapan orang ramai bahawa antibiotik berkesan untuk semua penyakit perlu diubah kerana penggunaan­nya secara tidak betul boleh menyebabka­n daya tahan penyakit terhadap ubat itu meningkat.

Doktor harus memainkan peranan dengan memberi preskripsi antibiotik secara betul dan memulakan rawatan dengan antibiotik kelas lebih rendah untuk mengelakka­n masalah penyakit lali kepada antibiotik” Dr Ravindran R Naidu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia