Berita Harian

Kedudukan anak tidak sah taraf dari segi syarak

-

Wuduk anak tidak sah taraf dengan suami ibu (sama ada bapa biologi atau lelaki lain) akan terbatal apabila bersentuha­n kerana mengikut pandangan syarak, suami ibunya adalah bapa tiri anak itu.

Hubungan anak tidak sah taraf dengan anak sah sebelah ibu serta ahli keluarga sebelah ibu, adalah hubungan keluarga yang sah tetapi tidak pada sebelah bapa yang tidak sah.

Pusaka: Anak tidak sah taraf boleh menerima pusaka daripada ibunya dan ibu boleh mewarisi pusaka anak tidak sah taraf. Bagaimanap­un, anak tidak sah taraf tidak boleh menjadi ahli waris dan tidak berhak mewarisi pusaka bapa biologinya.

Perwalian: Hak perwalian anak tidak sah taraf terletak pada ibunya. Perwalian perkahwina­n anak tidak sah taraf dipegang oleh wali hakim. Bapa biologi tidak sah menjadi wali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia