Berita Harian

Malaysia yakin capai Tahap Satu patuhi standard: TPM

Sasaran dicapai jika dapat kerjasama negara sumber yang timbulkan permasalah­an

- Oleh Nazura Ngah, Hazwan Faisal Mohamad dan Fahmy Azril Rosli

Malaysia yakin dapat mencapai Tahap Satu dalam usaha mematuhi sepenuhnya standard minimum menghentik­an jenayah pemerdagan­gan orang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Malaysia kini dinaikkan ke Tahap Dua iaitu negara yang tidak memenuhi sepenuhnya standard minimum Akta Perlindung­an Mangsa Pemerdagan­gan Orang Amerika Syarikat 2000.

Rekod itu berdasarka­n Laporan Tahunan Mengenai Pemerdagan­gan Orang Amerika Syarikat (US TIP Report) yang dikeluarka­n Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) pada 27 Jun lalu.

“Kita melakukan usaha penting untuk membawa negara ke arah pematuhan standard itu.

“Sasaran itu (Tahap Satu) boleh dicapai sekiranya Malaysia mendapat kerjasama daripada negaranega­ra sumber yang menimbulka­n permasalah­an kepada Malaysia.

“Yang menjadi beban kepada permasalah­an ini adalah negara kita,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, semalam.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menjawab soalan Datuk Raime Unggi (Bn-tenom) berhubung faktor membantu peningkata­n kedudukan Malaysia dalam Laporan JNAS mengenai US TIP Report serta tindakan Malaysia dalam mengekalka­n momentum pencapaian itu.

187 negara dinilai

Laporan US TIP Report 2017 itu membabitka­n penilaian terhadap 187 negara mengenai usaha membantera­s jenayah pemerdagan­gan orang.

Ahmad Zahid menjelaska­n, antara faktor Malaysia berada di Tahap Dua susulan pelaksanaa­n siasatan dan sabitan kes pemerdagan­gan orang serta pembabitan­nya dalam mesyuarat jawatankua­sa tertinggi.

Beliau berkata, tindakan susulan negara adalah menjalinka­n kerjasama dengan negara-negara sumber yang meletakkan permasalah­an itu kepada kita.

Namun, katanya, tidak adil sebuah negara yang diletakkan dalam Tahap Satu, tetapi negara itu menjadi negara sumber kepada kita.

Kerjasama dengan NGO

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai inisiatif menambah baik aspek perlindung­an kepada mangsa pemerdagan­gan orang selain pengemaski­nian peraturan sedia ada.

“Ketika ini dua NGO yang bekerjasam­a dan menerima peruntukan daripada kerajaan, antaranya TENAGANITA bagi membantu mangsa pemerdagan­gan orang.

“Malah, ada beberapa syarikat dari Amerika Syarikat menawarkan pekerjaan kepada mangsa sambil menggalakk­an syarikat tempatan mengambil peluang ini menawarkan pekerjaan kepada mangsa pemerdagan­gan,” katanya.

Sasaran itu (Tahap Satu) boleh dicapai sekiranya Malaysia mendapat kerjasama daripada negara-negara sumber yang menimbulka­n permasalah­an kepada Malaysia. Yang menjadi beban kepada permasalah­an ini adalah negara kita” Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia