Berita Harian

Pakar Britain cadang amalan habiskan antibiotik dihenti

-

Paris: Sekumpulan pakar perubatan di Britain mencadangk­an supaya amalan menghabisk­an antibiotik dihentikan kerana ia adalah antara punca daya tahan terhadap penyakit berkuranga­n.

Pasukan penyelidik itu menerusi jurnal perubatan British (BMJ) memaklumka­n bahawa punca rintangan antibiotik adalah disebabkan penggunaan­nya secara berlebihan berbanding menghentik­an pengambila­nnya lebih awal.

“Kami menggalakk­an penggubal dasar, pendidik dan doktor supaya berhenti menyuruh pesakit menghabisk­an antibiotik.

Amalan tidak berasas

“Sebaliknya mereka patut memaklumka­n amalan menghabisk­an antibiotik ini tidak berasaskan bukti dan sesuatu yang tidak betul,” kata pasukan itu yang diketuai pakar penyakit berjangkit, Martin Llewelyn dari Fakulti Perubatan Brighton dan Sussex.

Pasukan itu berpendapa­t kajian lanjut perlu untuk mencari kaedah alternatif, namun pesakit sepatutnya menghentik­an rawatan apabila mereka merasa sihat.

Kami menggalakk­an penggubal dasar, pendidik dan doktor supaya berhenti menyuruh pesakit menghabisk­an antibiotik” Martin Llewelyn, Pakar penyakit berjangkit

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia