Berita Harian

Usahawan Ukraine dalang jual anugerah EBA

-

Georgetown: Seorang usahawan dari Ukraine, didakwa mendalangi sindiket menjual anugerah dan sijil palsu kepada mana-mana pihak yang mampu menawarkan wang kepada organisasi Europe Business Assembly (EBA).

Usahawan terbabit juga dikatakan mengeksplo­itasi reputasi Universiti Oxford di England untuk merancakka­n aktiviti penjualan anugerah dan sijil 'palsu' yang dianggarka­n mencecah jutaan Pound Sterling.

Bekas pekerja EBA yang enggan dikenali mendakwa, mereka diarahkan untuk menghantar e-mel kepada ahli perniagaan asing dan firma kerajaan untuk menjelaska­n mereka terpilih dicalonkan bagi sesuatu anugerah.

“Setiap individu atau firma kerajaan yang memberi maklum balas positif terhadap e-mel itu akan dimaklumka­n perlu membayar sejumlah wang yang akan digunakan bagi membiayai yuran pentadbira­n serta lesen mengguna pakai sijil dan anugerah itu untuk tujuan pemasaran dan perhubunga­n awam,” katanya yang dipetik daripada laporan The Times.

Diarah beri penjelasan

Difahamkan, Bandaraya Belgrade di Siberia pernah memenangi anugerah ‘The Best City’ dengan Datuk Bandarnya, Dragan Dilas, menerima anugerah ‘The Management of the Year’ dalam majlis yang diadakan di Dublin, Ireland, pada Julai 2012.

Dragan Dilas dilaporkan membayar hampir RM55,162.38 (EUR11,000) hasil wang daripada tabungan Majlis Bandaraya Belgrade bagi membiayai 'yuran penyertaan' dalam majlis anugerah terbabit kepada EBA.

Sementara itu, seorang lagi bekas pekerja EBA mendakwa, mereka diarah untuk memberi penjelasan yang mengetenga­hkan konsep 'pelanggan berkenaan akan menjadi sebahagian daripada kegemilang­an institusi Oxford', sekiranya memiliki sijil atau anugerah daripada organisasi terbabit.

“Anugerah dan sijil dikeluarka­n EBA juga mengguna pakai jenis tulisan hampir sama dengan Oxford, selain dikatakan turut ditawar akses untuk 'syarahan eksklusif Universiti Oxford', katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia