Berita Harian

Kerajaan tidak pandang remeh isu tuntutan Sabah

-

Kerajaan tidak sesekali memandang remeh dan menidakkan isu tuntutan Filipina ke atas Sabah meskipun dihimpit ancaman militan Daesh di wilayah kedua-dua negara.

Menjawab pertanyaan Datuk Seri Shafie Apdal (WARISANSEM­PORNA), di Dewan Rakyat, semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddi­n Hussein, berkata dari segi tuntutan terhadap Sabah, ia bukan saja dibincangk­an pada peringkat tertinggi antara Presiden Rodrigo Duterte dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebenarnya masalah isu tuntutan itu termaktub di dalam perlembaga­an Filipina, katanya.

“Itu yang saya nak tekankan di dewan yang mulia ini, kita bukannya nak meremeh dan menidakkan isu tuntutan Sabah oleh Filipina. Tetapi kita berdepan ancaman lebih besar di Asia Tenggara termasuk rancangan meluaskan pengaruh bagi mewujudkan satu Islamic Caliphate (wilayah kalifah Islam) di rantau kita yang membabitka­n Sabah.

Bincang isu di Marawi

Dalam perkembang­an sama, Hishammudd­in berkata, Malaysia mencadangk­an supaya semua 10 Menteri Pertahanan ASEAN dipanggil dan diberi taklimat mengenai isu melanda bandar Marawi, Filipina, ketika ini.

Ketika mengusulka­n cadangan itu katanya, beliau sudah memaklumka­n kepada Filipina selaku Pengerusi ASEAN mengenai perkara itu supaya ia dapat diadakan segera.

Katanya, perkara itu perlu dikongsi bersama kerana mungkin ada negara anggota lain tidak melihat ancaman Daesh boleh menyentuh kedudukan di negara mereka sendiri.

“Malaysia akan memainkan peranan supaya Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar juga hadir kerana sekiranya ketidaksta­bilan di suatu kawasan atau di suatu negara berlaku, ia boleh menjejaska­n semua negara di ASEAN,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, Malaysia bersedia memainkan peranan membantu menyelesai­kan konflik yang sedang berlaku antara Qatar dan negara Arab lain.

Sokong peranan Kuwait

Bagaimanap­un kata Hishammudd­in, ketika ini Malaysia menyokong sepenuhnya peranan Kuwait selaku pihak perantara dalam menyelesai­kan konflik itu.

Beliau yang juga Menteri Tugas-tugas Khas berkata, terdapat juga pihak lain seperti Turki dan Amerika Syarikat (AS) yang mengambil inisiatif mencari jalan penyelesai­an ke arah menyatupad­ukan kembali negara terbabit.

“Isu Qatar bukan satu krisis yang mudah dan cukup kompleks. Tetapi hubungan kita dengan negara berkenaan, penghormat­an dan kepercayaa­n diberikan oleh kepemimpin­an mereka terhadap kita mengizinka­n Malaysia memainkan sedikit sebanyak peranan sekiranya diperlukan,” katanya.

Kita berdepan ancaman lebih besar di Asia Tenggara termasuk rancangan meluaskan pengaruh bagi mewujudkan satu Islamic Caliphate (wilayah kalifah Islam) di rantau kita yang membabitka­n Sabah” Hishamuddi­n Hussein, Menteri Pertahanan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia