Berita Harian

PDRM cadang perluas E-reporting

Polis mohon Pejabat Peguam Negara kaji pelaksanaa­n

- Oleh Safeek Affendy Razali bhnews@bh.com.my Kuala Lumpur

Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang memperluas­kan penggunaan sistem Ereporting, iaitu laporan polis secara dalam talian bagi kes jenayah dan trafik.

Sebelum ini sistem berkenaan dilaksanak­an bagi membolehka­n orang ramai membuat laporan kehilangan dokumen seperti kad pengenalan, lesen memandu, pasport, kad kredit, cukai jalan dan kad ATM tanpa perlu ke balai polis dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah memohon Pejabat Peguam Negara mengkaji pelaksanaa­n perkara itu kerana ia membabitka­n implikasi undang-undang.

“Untuk kes-kes jenayah dan juga trafik, kita tidak dapat laksanakan e-reporting kerana ada implikasi undang-undang. Jadi kita memohon pihak Peguam Negara mengkaji sebelum boleh laksanakan dalam membuat laporan polis secara online.

“Saya berharap implikasi undangunda­ng yang ada dapat diselesaik­an dan dipertimba­ngkan dengan segera supaya dapat dinikmati masyarakat,” katanya selepas menghadiri Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Bukit Aman, semalam.

Katanya, sistem berkenaan yang turut membolehka­n laporan kehilangan telefon bimbit, komputer riba serta kes pembantu rumah lari dari majikan yang sudah dilaksanak­an di seluruh Lembah Klang ini akan diperluask­an ke seluruh negara secara berperingk­at dalam masa terdekat.

Sistem yang dilancarka­n sejak 10 Mac lalu menerima sambutan yang sangat menggalakk­an daripada orang ramai selain memudahkan pengadu tanpa perlu membuat laporan di balai polis sebaik sesuatu kejadian berlaku.

 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Khalid bersama penerima sijil penghargaa­n ketika Majlis Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Bukit Aman di Bukit Aman. Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Khalid bersama penerima sijil penghargaa­n ketika Majlis Perhimpuna­n Bulanan Peringkat Bukit Aman di Bukit Aman. Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia