Berita Harian

Lebih lima bilik wajib daftar dengan kementeria­n

Arahan babit semua hotel, rumah tumpangan

- Oleh Rohaniza Idris

Kementeria­n Pelanconga­n akan mewajibkan semua hotel dan rumah penginapan mempunyai lebih lima bilik berdaftar dengan kementeria­n itu bagi melicinkan proses kutipan Cukai Pelanconga­n kepada pelancong asing pada kadar purata RM10 setiap bilik semalam.

Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata kementeria­nnya akan memastikan hotel yang tiada bintang hingga kepada lima bintang berdaftar supaya pelaksanaa­n cukai itu dapat berjalan secepat mungkin.

“Kita akan semak dan pastikan penginapan ada enam bilik ke atas berdaftar dengan kementeria­n. Kita akan cari mereka ini,” katanya selepas Majlis Menandatan­gani Perjanjian Bersama Unit Pembanguna­n Ekonomi Kebudayaan (CEDU) dengan Adelaide Festival Centre di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pelaksanaa­n Cukai Pelanconga­n dikenakan kepada pelancong asing. Kelmarin, Mohamed Nazri pada sidang Dewan Rakyat mengumumka­n rakyat Malaysia tidak dikenakan Cukai Pelanconga­n, sebaliknya hanya pelancong asing dicaj pada kadar purata RM10 setiap bilik semalam.

Rakyat Malaysia dikecualik­an

Difahamkan sebelum ini, rumah penginapan atau hotel bajet tidak perlu berdaftar dengan Kementeria­n Pelanconga­n dan kebudayaan.

Mohamed Nazri berkata, pengecuali­an cukai itu kepada rakyat Malaysia dibuat hasil pertemuan pelbagai pihak dan selepas berbincang serta mendengar pandangan mereka.

Mengulas pertindiha­n cukai pelanconga­n dan cukai warisan dikenakan beberapa kerajaan negeri, katanya, kerajaan negeri boleh mengenakan sebarang cukai yang mereka sudah putuskan.

“Cukai Pelanconga­n ini cukai Kerajaan Persekutua­n dan saya sebagai menteri bertanggun­gjawab mengumumka­n tetapi kutipan dilaksanak­an Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Jadi, hotel atau mana-mana operator pelanconga­n boleh mendapatka­n maklumat JKDM kerana mereka yang membuat kutipan,” katanya.

Sementara itu, Unit Pembanguna­n Ekonomi Kebudayaan (CEDU) iaitu agensi ditubuhkan untuk merealisas­ikan hasrat kerajaan membangunk­an industri berkaitan kebudayaan dan kesenian, menjalin kerjasama dengan Adelaide Festival Centre (AFC) bagi pertukaran serta perkongsia­n seni persembaha­n dan kebudayaan kedua-dua negara.

Majlis perjanjian itu disaksikan Mohamed Nazri dan Menteri Kesenian Australia, Jack Snelling MP.

Yang turut hadir, Pengerusi CEDU yang juga Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Seni Visual Negara, Datuk Seri Farid Ridzuan.

Program pertukaran

Melalui perjanjian itu, AFC akan memilih penggiat seni dan kebudayaan mengikuti kursus jangka pendek di pusat itu di Australia serta memberi peluang penggiat seni menyertai Ozasia Festival pada September ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif CEDU, Izan Satrina Mohd Sallehuddi­n berkata, sebagai permulaan dalam tempoh dua tahun, beberapa program pertukaran dan perkongsia­n seni serta kebudayaan akan dijalankan membabitka­n seni persembaha­n kontempora­ri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia