Berita Harian

100 peratus e-pembelajar­an di universiti

NELC percepatka­n pelaksanaa­n

- Oleh Fairuz Zaidan fairuzaida­n@bh.com.my Ayer Keroh

Semua modul pengajaran di universiti awam dan swasta di seluruh negara dijangka mempraktik­kan 100 peratus kaedah e-pembelajar­an menjelang 2020, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata, evolusi e-pembelajar­an secara dalam talian itu pada masa kini sudah mencapai 50 peratus, berbanding 35 peratus disasarkan kementeria­n menerusi kerangka kerja Evolusi e-pembelajar­an pada 2025.

“Dengan penubuhan Pusat epembelaja­ran Negara (NELC), ia membantu mempercepa­tkan pertumbuha­n kaedah pengajaran baharu dalam talian dan digital oleh semua universiti awam dan swasta di seluruh negara.

“Bagi mendepani cabaran perkembang­an sistem pendidikan, terutama bersaing dalam Revolusi Industri 4.0, universiti perlu berubah, termasuk menyediaka­n pelbagai modul pendidikan baharu yang memenuhi kehendak pasaran,” katanya selepas merasmikan NELC sempena Karnival e-pembelajar­an Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) di sini, semalam.

Peranan NELC

NELC berperanan sebagai pusat utama bagi merancang, menyelaras dan memantau pembanguna­n e-pembelajar­an dan pelaksanaa­n inisiatif dilaksanak­an setiap pusat pengajian tinggi di seluruh negara merangkumi universiti awam dan swasta, politeknik serta kolej komuniti.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Tinggi, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur dan Naib Canselor UTEM, Datuk Dr Shahrin Sahib.

Ditanya kemungkina­n berlaku penguranga­n tenaga kerja pada masa depan susulan lonjakan Evolusi Industri 4.0, Idris berkata, pihaknya berpendapa­t sebaliknya termasuk percaya wujud lebih banyak peluang pekerjaan baharu seiring perkembang­an semasa.

“Akademia dan industri pada masa depan bergerak seiring. Koloborasi ini berupaya mencetuska­n modul pengajian baharu yang akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan baharu memenuhi kehendak pasaran.

“Perubahan pendidikan secara digital sedang pesat berlaku yang tentunya meletakkan pelajar kita terus kekal relevan dalam pasaran industri pada masa depan,” katanya.

 ?? [FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] ?? Idris bersama Shahrin (dua dari kanan) melihat Kereta Lumba Formula Varsiti UTEM selepas merasmikan NELC sempena Karnival e-pembelajar­an UTEM di Ayer Keroh, semalam.
[FOTO KHAIRUNISA­H LOKMAN/BH] Idris bersama Shahrin (dua dari kanan) melihat Kereta Lumba Formula Varsiti UTEM selepas merasmikan NELC sempena Karnival e-pembelajar­an UTEM di Ayer Keroh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia