Berita Harian

Tauke ikan maut ditembak dua lelaki bermotosik­al

-

Jertih: Seorang tauke ikan mati dipercayai ditembak di Pantai Teluk Bayu, Kuala Besut, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.15 malam apabila dua suspek lelaki yang menunggang motosikal jenis 135 LC dikatakan melepaskan tembakan ke arah Wan Ahmad Wan Nawang, 68.

Tembakan itu menyebabka­n mangsa yang ketika itu bersama seorang rakan menaiki kereta jenis Mercedes-benz, terbabas dan melanggar tiang elektrik.

Ketua Polis Daerah Besut, Superinten­dan Mohd Zamri Mohd Rowi, ketika dihubungi mengesahka­n kejadian.

Katanya, mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Besut dan disahkan meninggal dunia.

“Rakan mangsa yang berada dalam kenderaan itu tidak mengalami kecederaan.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat,” katanya.

Mohd Zamri berkata, polis melancarka­n gerakan memburu suspek dengan melakukan sekatan jalan raya sekitar Besut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

 ??  ??
 ??  ?? Kereta Mercedes-benz dipandu Wan Ahmad (gambar atas) terbabas dan melanggar tiang elektrik selepas kejadian tembak di Kuala Besut, malam tadi.
Kereta Mercedes-benz dipandu Wan Ahmad (gambar atas) terbabas dan melanggar tiang elektrik selepas kejadian tembak di Kuala Besut, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia