Berita Harian

Penyeludup tukar laluan di Jeli

Sindiket ubah strategi selepas pemeriksaa­n ketat dilaksana pihak berkuasa

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim

Berikutan penutupan 129 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok terutama dua yang dikenal pasti paling aktif, penyeludup kini dikesan menukar laluan kepada pangkalan haram di Jeli untuk menjalanka­n aktiviti terlarang.

Komander Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Kelantan, Mohd Asri Yahya, berkata maklumat itu berdasarka­n risikan dijalankan pihaknya.

Katanya, jika sebelum ini kebanyakan penyeludup memilih pangkalan haram di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor, namun mereka menukar strategi selepas pemeriksaa­n ketat dijalankan.

Sindiket pilih pangkalan haram kecil

“Dua pangkalan haram dikenal pasti paling aktif adalah Ibrahim Pencen dan Gergaji, iaitu di Rantau Panjang, terutama membabitka­n penyeludup­an lembu.

“Namun, mereka kini mengubah strategi dengan memilih pangkalan haram terpencil di Bukit Bunga, Jeli bagi mengelak kegiatan dikesan pihak berkuasa,” katanya.

BH sebelum ini melaporkan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menutup semua 129 pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bagi mengekang aktiviti penyeludup­an yang semakin membimbang­kan.

Perlu lalui jalan sah ke Thailand

Panglima 8 Briged, Brig Jen Nazari Abd Hadi, berkata semua mereka, termasuk penduduk yang tinggal di kawasan sempadan perlu melalui jalan sah untuk ke Thailand.

Mohd Asri berkata, pihaknya akan memperting­katkan pemantauan, terutama menjelang Aidiladha yang dijangka aktiviti penyeludup­an semakin rancak.

Sementara itu, Mohd Asri berkata, dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak RM9.3 juta rampasan pelbagai barangan diperoleh membabitka­n 132 kes.

Katanya, jumlah itu meningkat berbanding tempoh sama pada tahun lalu iaitu RM7.5 juta merangkumi 174 kes.

 ??  ?? Laporan BH yang disiarkan semalam.
Laporan BH yang disiarkan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia