Berita Harian

Insentif pekebun sawit

Bantu laksana persijilan MPSO

- Oleh Haryani Ngah aryani@bh.com.my Kuala Lumpur

Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (KPPK) akan mengumumka­n insentif kepada pekebun kecil sawit minggu depan dalam usaha membantu kumpulan ini melaksanak­an persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MPSO).

Menterinya, Datuk Seri Mah Siew Keong, berkata sehingga Jun lalu, hanya 4.2 peratus daripada jumlah 650,000 pekebun kecil sawit di negara melaksanak­an persijilan MPSO dan angka itu sangat kecil.

“MPSO yang akan diwajibkan pada penghujung 2019 ini membabitka­n ladang dan pekebun kecil. Bagaimanap­un, ramai dalam kalangan pekebun kecil yang saya temui melahirkan rasa bimbang berhubung kos yang perlu mereka tanggung untuk mendapatka­n khidmat juruaudit bagi pelaksanaa­n sijil ini.

“Jadi kita akan bantu mereka dalam hal ini. Berita baik itu akan diumumkan pada minggu depan,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian syiling peringatan bersempena Ulang Tahun Ke-100 Industri Minyak Sawit Malaysia.

Siew Keong berkata, sehingga Jun lalu, hanya 6.7 peratus ladang membabitka­n keluasan 237,509 hektar mempunyai persijilan MPSO, manakala jumlah keluasan tanah milik pekebun kecil yang mempunyai sijil berkenaan hanya seluas 7.113 hektar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia