Berita Harian

Pengetua salah guna kuasa dipenjara 3 bulan, denda

-

Shah Alam: Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, menjatuhka­n hukuman penjara tiga bulan terhadap seorang pengetua sekolah menengah di Pelabuhan Klang yang disabitkan kesalahan salah guna kuasa membabitka­n wang tunai RM6,591, tahun lalu.

Hakim Rozilah Salleh turut mengarahka­n Norliza Mat Radzi, 49, membayar denda berjumlah RM40,500 atau dipenjara antara sebulan hingga enam bulan jika gagal membayar denda.

Beliau membuat keputusan itu selepas mendapati kes pendakwaan melampaui keraguan munasabah.

“Matlamat tidak menghalalk­an cara. Tertuduh sebagai pengetua seharusnya memberi teladan kepada anak bangsa supaya mengikut peraturan.

“Saya harap hukuman ini menjadi kifarah kepada tertuduh. Saya mengadili kes ini berdasarka­n segala hujah dan fakta yang ada,” katanya.

Pilih syarikat milik sendiri

Mengikut pertuduhan pertama, Norliza yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Raja Zarina, Pelabuhan Klang, didakwa memilih syarikatny­a iaitu Orean Collection untuk membekalka­n bahan bantu mengajar berjumlah RM2,091 melalui pesanan sekolah.

Norliza turut melakukan dua lagi kesalahan sama membabitka­n bekalan tuala kecil berjumlah RM500 dan bekalan lima pakej hamper, set fail dan alat tulis, medal perasmian serta dokumentas­i berjumlah RM4,000.

Semua perbuatan itu dilakukan di sekolah berkenaan antara 12 Februari hingga 13 April tahun lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Rozilah bagaimanap­un membenarka­n penangguha­n hukuman penjara terhadap tertuduh sementara menunggu proses rayuan.

Namun, tertuduh dikehendak­i membayar denda RM40,500 serta ikat jamin sebanyak RM20,000.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya SPRM Hazirah Azman manakala Norliza diwakili peguam Mohd Tajuddin Abdul Razak.

 ?? [FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] ?? Norliza ketika hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam.
[FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH] Norliza ketika hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia