Berita Harian

Warden Pusat Koreksiona­l Perlis ditahan

-

Kangar: Seorang warden penjara di Pusat Koreksiona­l Perlis ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kesalahan menerima rasuah sebagai suapan untuk membawa masuk barangan terlarang kepada banduan di pusat tahanan itu.

Warden lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira jam 7 petang kelmarin ketika hadir untuk diambil keterangan di Pejabat SPRM di sini.

Pengarah SPRM Perlis, Yaacob Angah, ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan suspek, namun tidak mengulas lanjut termasuk jenis barangan terlarang yang dibawa masuk warden berkenaan ke pusat tahanan itu.

Jalankan kegiatan sejak Mac lalu

Berdasarka­n maklumat, suspek dikatakan menjalanka­n kegiatan itu sejak Mac lalu dengan menerima suapan keseluruha­n RM3,300 menerusi beberapa transaksi ke dalam akaun bank miliknya yang setiap satu membabitka­n nilai antara RM200 hingga RM1,500.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada 25 Julai tahun lalu, seorang Pegawai Inspektor Penjara di Pusat Koreksiona­l Perlis ditahan SPRM selepas meminta suapan dari orang awam untuk membantu kes dihadapi seorang tahanan yang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia