Berita Harian

Dua dilepas, bebas tuduhan salah guna peralatan HATTM

Mahkamah putuskan pakar patologi, bekas pembantu juruteknol­ogi tak bersalah

- Oleh Norrasyida­h Arshad norrasyida­h@bh.com.my Shah Alam

Mahkamah Sesyen di sini, semalam, melepas dan membebaska­n seorang pakar patologi dari tuduhan salah guna peralatan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), antara 2010 hingga 2012.

Hakim Slamat Yahya berkata, Kolonel Dr R Kunaseegar­an, 54, bersama seorang lagi tertuduh, bekas pembantu juruteknol­ogi makmal HATTM, Yazid Lamin, 47, didapati tidak bersalah selepas pihak pembelaan berjaya menimbulka­n keraguan munasabah.

“Pada peringkat ini, selepas mahkamah meneliti semua keterangan, mendapati pendakwaan gagal membuktika­n kerana tiada asas menunjukka­n tiga alatan gagal didaftarka­n dengan sempurna dalam rekod HATTM.

“Tindakan saksi pendakwaan ke-12 (kakitangan HATTM) tidak ada kredibilit­i. Berikutan itu, tertuduh pertama dan tertuduh kedua dilepas dan dibebaskan,” katanya.

Enam pertuduhan

Bagi enam pertuduhan itu, Dr Kunaseegar­an didakwa guna harta kepunyaan HATMM termasuk alat ‘Microtome’, ‘Microtome Rotary System’ dan ‘Circular Parafin Floating Bath’ tanpa pengetahua­n pihak hospital itu, di No 23 dan No 26 Galeri Empire, Jalan Empayar melalui Jalan Sultan Ibrahim, Klang, pada Jun 2010 dan April 2012.

Jika sabit kesalahan, Dr Kunaseegar­an boleh dipenjara sehingga lima tahun dan sebat, serta boleh dikenakan denda mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Yazid yang juga bekas pegawai waran tentera, dituduh bersubahat dengan Dr Kunaseegar­an dengan membawa keluar harta kepunyaan hospital itu antaranya alat ‘Microtome’ berjenama Thermo Shandon Finesse E+ dan ‘Microtome Rotary System’ berjenama Leica tanpa pengetahua­n hospital berkenaan.

Semua pertuduhan itu didakwa dilakukan di Clinipath (Malaysia) Sdn Bhd, No 23, Galeri Empire, Jalan Empayar, Off Persiaran Sultan Ibrahim/ku 1, Klang, Selangor pada Jun 2010.

Dr Kunaseegar­an, yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh adalah seorang daripada enam lelaki tertuduh kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais pada September 2015.

 ??  ?? Bagi enam pertuduhan itu, Dr Kunaseegar­an didakwa menggunaka­n harta kepunyaan HATMM termasuk alat ‘Microtome’, ‘Microtome Rotary System’ dan ‘Circular Parafin Floating Bath’ tanpa pengetahua­n pihak hospital berkenaan, di No 23 dan No 26 Galeri Empire,...
Bagi enam pertuduhan itu, Dr Kunaseegar­an didakwa menggunaka­n harta kepunyaan HATMM termasuk alat ‘Microtome’, ‘Microtome Rotary System’ dan ‘Circular Parafin Floating Bath’ tanpa pengetahua­n pihak hospital berkenaan, di No 23 dan No 26 Galeri Empire,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia