Berita Harian

Wanita kena penjara lebih lama kes tipu

-

Kuala Lumpur: Seorang pembantu peribadi pegawai sebuah bank yang dituduh atas 26 pertuduhan menipu dan membuat capaian dalam sistem tanpa kuasa membabitka­n wang berjumlah RM34,190 terpaksa merengkuk lebih lama di dalam penjara selepas Mahkamah Tinggi menambah hukuman daripada empat tahun kepada enam tahun terhadapny­a.

Keputusan itu dibuat Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah, di sini, semalam, selepas menolak rayuan atas sabitan dan hukuman dikemukaka­n Rose Hanida Long, 39.

Denda RM260,000

Mahkamah turut menjatuhka­n hukuman denda RM260,000 terhadap perayu dan jika gagal membayarny­a, wanita itu perlu menjalani hukuman penjara 18 bulan.

Dia dakwa menipu Bahagian Kewangan OCBC Bank cawangan Kuala Lumpur untuk mempercaya­i dokumen tuntutan perbelanja­an rasmi adalah betul.

Perbuatann­ya itu didakwa mendorong majikannya meluluskan perbelanja­an wang tuntutan berjumlah RM34,190 di bank berkenaan di Jalan Tun Perak, di sini, antara 9 Oktober 2012 dan 6 Disember tahun sama.

Bagi pertuduhan itu, Rose Hanida didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia