Berita Harian

Mengaku tidak bersalah rogol gadis

-

Ayer Keroh: Seorang remaja berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur, awal April lalu.

Tertuduh yang berasal dari Ujong Pasir membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Majistret Norina Maludin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol adik angkatnya berusia 14 tahun di sebuah hotel, di Taman Melaka Raya, jam 2.15 petang, pada 4 April lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azri Zakaria, menawarkan jaminan RM5,000 terhadap tertuduh, manakala tertuduh diwakili Peguambela M Pusppa.

Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM2,000 dan menetapkan 24 Ogos ini untuk tarikh sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia