Berita Harian

Majikan didakwa gaji 21 pendatang

-

Teluk Intan: Seorang majikan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas pertuduhan mengambil 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) bekerja di kilang sebuah syarikat memproses makanan sejuk beku.

Leong Siew Seong, 42, mengaku tak bersalah atas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.

Mengikut pertuduhan, Leong yang juga Pengarah Hup Soon Frozen Food Sdn Bhd, didakwa melakukan kesalahan itu di Kawasan Perindustr­ian Chandan Raya, Menglembu, di Kinta, selepas mengambil seramai 21 PATI yang tidak memiliki pas sah, bekerja di premis itu ketika serbuan jam 9.20 pagi, 1 Julai lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 55(3) Akta Imigresen 1959/63, yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang enam bulan tetapi tidak lebih daripada lima tahun atau boleh juga dikenakan sebatan.

Pendakwaan dijalankan Jabatan Imigresen Perak mencadangk­an supaya tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Fey Aqis Mohd Khairuddin dan Yee Siu Kai yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangka­n atas alasan anak guamnya perlu menyara isteri dan tiga anak kecil.

Hakim kemudianny­a membenarka­n tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 5 September untuk sebutan semula. Leong dibebaskan selepas membayar wang jaminan.

 ??  ?? Siew Seong dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menggaji pendatang tanpa izin.
Siew Seong dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menggaji pendatang tanpa izin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia