Berita Harian

Dua beranak, tentera kena 22 tahun

-

Kuala Lumpur: Seorang bapa dan anaknya serta seorang anggota tentera dihukum penjara 22 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas gagal menimbulka­n keraguan munasabah di akhir pembelaan kes menyebabka­n kematian pengurus syarikat, Liew Han Yuen, 48, tahun lalu.

Hukuman terhadap Ahmad Bohari Mohamad Noor, 52, dan anaknya, Muhamad Haire Ahmad Bohari, 24, serta tentera, Ahmad Saipunizam Mohd Pirus, 36, berkuat kuasa daripada tarikh mereka didakwa di mahkamah pada 4 Mei 2016.

Bagaimanap­un, Pesuruhjay­a Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah, melepas dan membebaska­n Atan Mad Sah, 50, dan anaknya, Suhaimi Atan, 24, daripada pertuduhan itu selepas pihak pembelaan berjaya mewujudkan keraguan munasabah.

Mohamad Shariff dalam penghakima­nnya, berkata hukuman berat bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan pihak lain tidak memandang ringan kejadian yang berlaku.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen Zulkifli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia