Berita Harian

Waris, pemilik boleh tuntut bila-bila masa

Kerajaan tidak hadkan masa buat semakan, ambil duit

- Oleh Nadia Hamid

Waris dan pemilik Wang Tak Dituntut (WTD) yang dianggarka­n berjumlah RM5.7 bilion boleh mengemukak­an tuntutan mereka pada bila-bila masa.

Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Lee Chee Leong, berkata ia berikutan kerajaan tidak mengehadka­n masa untuk membuat tuntutan.

Dua jenis WTD

“Ada dua jenis WTD, pertama adalah wang hasil seperti gaji, dividen dan saham yang tidak dituntut selepas setahun .

“Kedua, wang dalam akaun simpanan yang tidak ada transaksi dalam tempoh masa tujuh tahun.

“Justeru, waris dan pemilik WTD boleh membuat semakan dan tuntut duit mereka walaupun jumlahnya hanya RM10,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Jentera Antarabang­sa Malaysia 2017 (MIMF 2017), di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros; Pengerusi Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA), Datuk Moehamad Izat Emir dan Presiden Persatuan Perniagaan Antarabang­sa Promas Malaysia (PROMAS), Datuk Chong Chong Tik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia