Berita Harian

Azwan menang peraduan tangkap gambar Hari Bapa

-

Klang: Mohamad Azwan Abdul Aziz dipilih sebagai pemenang peraduan tangkap gambar dan menang anjuran Tony Roma’s dan Lipton Teh Ais yang membolehka­nnya menerima ganjaran sebuah mesin urut kaki Osim Uphoria bernilai RM2,488.

Peraduan sempena Hari Bapa yang bermula dari 1 Mei hingga 11 Jun ini memerlukan pelanggan menangkap dan memuat naik gambar dengan gaya kreatif bersama bapa dan keluarga mereka.

“Isteri saya, Azrina Zaharuddin menangkap gambar saya bersama anak perempuan kami, Qaseh Arissa, 2 ketika menjamu selera di Tony Roma’s, Pavillion Kuala Lumpur,” katanya.

Sekadar cuba nasib

Azrina tidak menyangka beliau berjaya dipilih sebagai pemenang dan ini adalah kali pertama beliau menyertai peraduan anjuran Tony Roma’s dan hanya sekadar mencuba nasib.

“Setelah menghantar gambar kepada pihak Tony Roma’s saya lihat ramai peserta yang lebih kreatif menyertai peraduan ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia