Berita Harian

Maybank anjur Pameran Seni Harimau

Sempena sambutan Hari Harimau Global, usaha tingkat kesedaran pulihara haiwan terancam

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Yayasan Maybank semalam, melancarka­n Pameran Seni Harimau bersempena sambutan Hari Harimau Global 2017 sebagai usaha meningkatk­an kesedaran terhadap pemulihara­an haiwan terancam itu.

Menariknya, cabang tanggungja­wab sosial korporat Kumpulan Maybank itu menggunaka­n seni visual dan kreatif dengan menampilka­n 15 lukisan minyak dan arang.

Lukisan dihasilkan pelukis tempatan, Azaikmal Ahmad Rashid itu memberi tumpuan pada keindahan Harimau Malaya, dilengkapi dengan poster pendidikan mengenai haiwan itu serta usaha pemulihara­annya di negara ini.

Salur dana kepada Yayasan Maybank

Setiap lukisan itu akan dijual dan hasilnya disalurkan kepada Yayasan Maybank serta dana pemulihara­an harimau Wwf-malaysia.

Pengerusi Yayasan Maybank, Datuk Mohaiyani Shamsudin, berkata komitmen mendalam untuk meningkatk­an kesedaran orang ramai mendorong pihaknya menganjurk­an pameran terbabit.

“Kami berharap lukisan yang penuh maklumat ini akan menggalakk­an penghayata­n, perancanga­n segera dan membangkit­kan tindakan orang ramai tentang kepentinga­n pemulihara­an harimau liar dalam ekosistem,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pameran Seni Harimau yang dibuka kepada awam itu diadakan di Balai Seni Maybank di Menara Maybank dari jam 9 pagi hingga 5 petang bermula 24 Julai hingga esok. Masuk adalah percuma.

 ??  ?? Azaikmal (kiri) menunjukka­n karyanya kepada Pengerusi Maybank, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz (tengah), Mohaiyani (dua dari kiri) dan Pengarah Eksekutif/ketua Pegawai Eksekutif WWF Malaysia, Datuk Dr Dionysius S K Sharma (kanan) pada...
Azaikmal (kiri) menunjukka­n karyanya kepada Pengerusi Maybank, Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz (tengah), Mohaiyani (dua dari kiri) dan Pengarah Eksekutif/ketua Pegawai Eksekutif WWF Malaysia, Datuk Dr Dionysius S K Sharma (kanan) pada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia