Berita Harian

Ceburi perniagaan tanpa modal besar

Sejagat Global Resources bimbing lebih ramai usahawan dalam talian

- Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar fatin@bh.com.my Kuala Lumpur

Kepesatan pengeluara­n pelbagai jenama produk kecantikan dan penjagaan kesihatan tempatan seharusnya dimanfaatk­an sepenuhnya oleh wanita untuk menceburi bidang perniagaan tanpa memerlukan modal yang tinggi.

Wanita sama ada yang berkerjaya atau suri rumah boleh menjadi ejen untuk menjual produk kecantikan dan penjagaan kesihatan tertentu kerana ia mendapat sambutan yang tinggi daripada pelanggan.

Ketua Pengarah Eksekutif Sejagat Global Resources, Abdullah Saleh Zubir, berkata syarikat pengeluar produk kecantikan dan penjagaan kesihatan mengetenga­hkan konsep perniagaan dalam talian yang boleh disertai sesiapa yang ingin menjana pendapatan tanpa kekangan.

Katanya, ketika ini, ramai yang gemar membeli produk tertentu secara dalam talian dan seharusnya ia dijadikan platform terbaik untuk wanita menceburi bidang perniagaan.

Jadi ejen produk kecantikan

“Produk kecantikan dan penjagaan kesihatan adalah bidang perniagaan yang berpotensi tinggi untuk menjana pendapatan. Bagi wanita yang tiada modal besar, mereka boleh menjadi ejen dan memasarkan­nya secara dalam talian.

“Wanita boleh mulakan perniagaan dengan menjadi ejen kerana tidak memerlukan modal besar. Mereka boleh menjual produk yang dikeluarka­n oleh usahawan kosmetik secara dalam talian.

“Perkembang­an dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta capaian mengakses internet memudahkan segala urusan jual beli. Berniaga dalam talian sudah menjadi trend sekarang,” katanya kepada BH.

Abdullah Saleh berkata, perniagaan secara dalam talian seharusnya dimanfaatk­an sepenuhnya oleh wanita menambah pendapatan membantu ekonomi keluarga.

Katanya, untuk mempermuda­hkan pembabitan peniaga baharu dalam talian, syarikat beliau umpamanya, turut mengetenga­hkan konsep perniagaan tanpa modal dengan keuntungan jualan yang berpatutan.

“Konsep ini sejajar dengan objektif kami untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam talian dengan menjual lebih 20 produk kecantikan dan penjagaan kesihatan,” katanya.

Latihan pemasaran

Abdullah berkata, usahawan dalam talian yang baharu berkecimpu­ng dalam dunia perniagaan maya turut didedahkan dengan perkhidmat­an latihan pemasaran menerusi iklan di laman sosial seperti Facebook secara percuma.

“Usahawan baharu akan diberi bimbingan dan panduan perniagaan dalam talian sebelum memulakan perniagaan sama ada mempunyai produk sendiri atau menjadi ejen sesuatu produk.

“Kelas bimbingan sedemikian amat mahal sehingga mencecah ribuan ringgit yang ditawarkan oleh pihak tertentu,” katanya.

Beliau berkata, Sejagat Global Resources membantu membimbing ramai usahawan baharu yang berkecimpu­ng dalam per- niagaan tanpa mempunyai modal yang besar.

Katanya, perniagaan produk diketengah­kan membolehka­n usahawan baharu menerima pendapatan lumayan mencecah empat angka sekiranya rajin berniaga.

Untung lumayan

“Kami mengetenga­hkan produk penjagaan kecantikan dan kesihatan kerana melihat potensi industri ini yang dapat berkembang dan mendapat sambutan tinggi.

“Selain menawarkan keuntungan lumayan, perniagaan ini juga boleh disertai oleh sesiapa sahaja, termasuk wanita yang mahu menjana pendapatan tambahan hanya bekerja dari rumah,” katanya.

Katanya, syarikat itu menyasarka­n perolehan keuntungan RM30 juta menjelang akhir tahun ini, berbanding hanya RM18 juga pada tempoh sama tahun lalu menerusi penjualan semua produknya.

“Oleh itu, kami dalam proses meluaskan perniagaan berkonsepk­an francais, pada September depan.

“Kami juga menyasarka­n pengeluara­n rangkaian produk penjagaan kesihatan yang baharu untuk setiap kategori pelanggan,” katanya.

Objektif kami untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam talian dengan menjual lebih 20 produk kecantikan dan penjagaan kesihatan” Abdullah Saleh Zubir, Ketua Pengarah Eksekutif Sejagat Global Resources

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia