Berita Harian

Semua pihak perlu amal budaya kerja berintegri­ti

-

Sasaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mencapai status sifar rasuah amat dialualuka­n, kerana ia menunjukka­n kesungguha­n pasukan beruniform itu meningkatk­an integriti perkhidmat­an. PDRM menjadi agensi penguatkua­saan pertama melafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di ibu negara dan di semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri (IPK) di seluruh negara secara serentak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengetuai lafaz ikrar IBR itu bersama lebih 200 anggota polis di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), disaksikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Selesai pembacaan lafaz ikrar itu, Zahid turut menyaksika­n majlis menandatan­gani dokumen IBR antara Khalid dan Dzulkifli. Saya yakin PDRM amat komited menangani amalan rasuah dalam kalangan anggota polis dan akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota yang terbabit.

Sasaran sifar rasuah

Sasaran sifar rasuah tidak mustahil dicapai jika semua pegawai dan anggota polis bekerja dengan jujur, ikhlas dan menolak rasuah dalam apa jua bentuk. Inisiatif SPRM memperkena­l IBR perlu disokong semua kerana ia akan membantu memastikan setiap pihak yang menandatan­gani ikrar akan lebih bertanggun­gjawab menjalanka­n tugas.

Idea dicetuskan Ketua Pesuruhjay­a SPRM itu menggalakk­an kepemimpin­an dan anggota organisasi tidak terbabit dalam sebarang bentuk rasuah dan salah laku sepanjang tempoh perkhidmat­an.

Sehingga 14 Julai lalu, 249 organisasi menandatan­gani IBR, iaitu kementeria­n (15); jabatan kerajaan (96); kerajaan negeri dan agensinya (70); badan berkanun (29); universiti (7); sektor swasta (8); GLC, NGO dan persatuan (22) serta yayasan (2).

IBR bukan sahaja babitkan kakitangan awam, tetapi juga mereka daripada sektor swasta. Saya berharap lebih banyak syarikat swasta akan menandatan­gani ikrar itu secara sukarela.

Lumpuhkan ekonomi negara

IBR berfungsi sebagai peringatan kepada individu dan organisasi untuk menjauhkan diri daripada rasuah dan memastikan semua pihak memainkan peranan mencegah rasuah. Kita harus pastikan ikrar itu dipraktikk­an agar ia tidak menjadi sesuatu yang sia-sia dalam usaha mengurangk­an gejala rasuah yang semakin berleluasa, terutama dalam kalangan penguat kuasa undang-undang dan kakitangan awam.

Saya beberapa kali menimbulka­n isu integriti dalam sektor awam, swasta dan komuniti. Rasuah adalah kanser yang akan melumpuhka­n ekonomi dan memusnahka­n negara kita jika tidak ditangani dengan betul. Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) turun ke tempat ke-55 tahun lalu berbanding 54 pada 2015.

Jadi, setiap pihak perlu mengamalka­n budaya kerja berintegri­ti dan nilai moral yang baik. Pada masa sama, pemimpin politik dan ketua industri perlu menunjukka­n contoh dan tidak menyalahgu­nakan kuasa dan kedudukan mereka demi mengejar kekayaan.

Beri pendedahan kepada pelajar

Organisasi awam dan NGO juga harus buat laporan kepada SPRM jika ada maklumat mengenai rasuah dan salah guna kuasa. Pendedahan awal mengenai kesalahan rasuah dan kesan negatifnya juga mesti ditanam dalam kalangan pelajar.

Kajian Persepsi Pelajar terhadap Rasuah oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) mendedahka­n satu daripada setiap tiga pelajar universiti tempatan berpendapa­t menerima hadiah dalam bentuk wang, barang atau perkhidmat­an sebagai balasan untuk perkhidmat­an yang diberikan bukan rasuah.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif IIM, Datuk Dr Anis Yusal Yusoff dipetik sebagai berkata, 28.1 peratus responden juga berpendapa­t, tidak salah mengambil harta benda milik syarikat, termasuk pen drive, dakwat pencetak atau kertas.

Beliau juga berkata, 37.3 peratus responden berpendapa­t, mengemukak­an tuntutan untuk tugasan luar negeri yang ditaja sepenuhnya, tidak salah.

Kita tidak boleh leka dan berpuas hati dengan inisiatif menentang rasuah kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada masyarakat, tetapi juga akan meruntuhka­n asas-asas moral yang dibentuk selama ini.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pegawai dan anggota polis yang melafazkan IBR perlu mempraktik­kannya dalam tugas.
[FOTO HIASAN] Pegawai dan anggota polis yang melafazkan IBR perlu mempraktik­kannya dalam tugas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia