Berita Harian

Pekerja trauma dikejar anjing liar berkeliara­n di Batu Caves

-

rabies berpunca daripada virus anjing gila bukanlah perkara baharu kepada dunia. Namun, penyakit itu sebenarnya begitu asing di Malaysia. Malah, sudah lama kita tidak dengar penyakit itu yang mula dikesan pada 1977.

Awalnya, kes penyakit anjing gila yang meragut nyawa rakyat Malaysia ialah pada 8 Januari 1988 membabitka­n kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun. Wabak itu muncul kembali menghantui rakyat Malaysia apabila mangsa pertama rabies mengalami demam sejak 5 Jun 2017 disahkan meninggal selepas digigit anjing gila.

Kes pertama itu disusuli beberapa kes sehingga kes kelima yang terbaru menurut laporan BH pada 25 Julai lalu. Kes kelima wabak anjing gila dilaporkan berlaku di daerah Serian.

Walaupun di Semenanjun­g kejadian wabak rabies hanya dilaporkan di Taiping, Perak, rakyat di sekitar negeri lain juga perlu ambil langkah berjaga-jaga. Kawasan perindustr­ian di Jalan Dolomite Business Park (DBP), sekitar Pos Laju Batu Caves dan kawasan premis perniagaan di bahagian belakang, yang dikerumuni anjing liar tidak bertuan turut menimbulka­n kebimbanga­n kepada pekerja di situ.

Dikejar anjing liar

Seorang kakitangan syarikat swasta, Nor Fatin Amira Salleh, 24, berkata pengalaman dikejar anjing di kawasan itu pada tahun lalu menyebabka­n dia trauma dan lebih berhati-hati untuk ke pejabat. Terbaru, kakitangan lain juga mengalami insiden yang sama, dikejar anjing liar.

Anjing yang kelihatan lemah, tidak bermaya dan ada sebahagian­nya kelihatan agresif menimbulka­n ketakutan, apatah lagi apabila virus rabies mula dilaporkan. Tambahan lagi, aduan demi aduan telah dibuat melalui talian bebas tol pada Jun lalu, namun tiada apa-apa tindakan yang diambil.

Menurut Dr Helmy Hazmi, seorang pakar perubatan, khusus dalam bidang Epidemiolo­gi dan Biostatist­ik, yang kini pensyarah perubatan di Kuching berkongsi maklumat dalam satu laman blog berkenaan isu virus rabies.

Beliau menyatakan, anjing menyebabka­n 95 peratus kematian akibat rabies, terutama di negaranega­ra Afrika dan Asia. Di benua Amerika, kelawar jenis Vampire Bats antara punca utama kes rabies yang menyerang manusia. Virus ini boleh merebak melalui haiwan lain yang boleh menyebarka­n virus kepada manusia adalah kucing, rakun, Cemperlai, musang dan mamalia karnivor yang lain, namun kes sebegini sangat jarang berlaku.

Segera dapatkan rawatan jika digigit anjing

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menasihati orang awam agar mengambil langkah pencegahan seperti mendapatka­n rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika mengalami gigitan anjing peliharaan yang agresif atau anjing liar, jangan mendekati anjing liar bagi mengelakka­n risiko digigit dan tidak digalakkan memberi makanan kepada anjing liar.

Selain itu, rakyat setempat perlu melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan jika ada anjing liar yang berkeliara­n di kawasan tempat tinggal dan sentiasa mengekalka­n tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan selepas bersentuha­n dengan anjing peliharaan.

Secara peribadi, walaupun tiada kes dilaporkan sekitar Selangor atau negeri di Semenanjun­g, masyarakat perlu berjagajag­a dan tidak mendekati manamana anjing peliharaan yang tidak disuntik vaksin, apatah lagi anjing tidak bertuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia