Berita Harian

Boleh bersolat semula di Al-aqsa

Henti boikot selepas Zionis tanggal semua alat kawalan keselamata­n

-

Rejim Israel, semalam mengumumka­n sudah menanggalk­an alat kawalan keselamata­n yang terakhir di kawasan tapak suci, di sini yang sebelum ini mendapat kecaman hebat komuniti antarabang­sa.

Sejurus selepas perkembang­an itu, penduduk Palestin kembali memasuki kawasan Haram al-sharif, dipercayai menamatkan boikot sejak dua minggu lalu.

Jemaah kelihatan memenuhi kawasan masjid sejak tengah hari dan kembali ke situ untuk bersolat pada jam 4.30 petang waktu tempatan.

Dirai ratusan penduduk Palestin

Sebelum tengah hari, ratusan penduduk Palestin berkumpul sambil bertepuk tangan dan menyanyi.

Presiden Palestin, Mahmud Abbas adalah antara pemimpin Islam yang meminta penduduk Palestin menamatkan boikot di kawasan sensitif itu.

“Dengan izin Tuhan, jemaah kembali ke Haram al-sharif dan bersolat di Masjid Al-aqsa,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pihak berkuasa penduduk Islam mengumumka­n boikot itu berakhir tengah hari semalam, selepas Israel mengeluark­an lebih banyak lagi peranti keselamata­n di pintu masuk Al-aqsa.

Minggu lalu, Abbas mengumumka­n memutuskan hubungan dengan Israel susulan pertelingk­ahan itu dan memutuskan langkah seterusnya selepas mesyuarat semalam.

Dalam perkembang­an berkaitan, Netanyahu berkata beliau mahu mengusir stesen penyiar Qatar, Al-jazeera dari Israel susulan ketegangan di tapak suci dekat Baitulmaqd­is.

 ?? [ FOTO REUTERS / EPA ] ?? Umat Islam Palestin gembira di luar kawasan tapak suci di Kota Lama, Baitulmaqd­is, semalam selepas Israel umum sudah menanggalk­an semua alat kawalan keselamata­n.
[ FOTO REUTERS / EPA ] Umat Islam Palestin gembira di luar kawasan tapak suci di Kota Lama, Baitulmaqd­is, semalam selepas Israel umum sudah menanggalk­an semua alat kawalan keselamata­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia