Berita Harian

Jerebu di Aceh dijangka berterusan

Kebakaran besar paksa pihak di Kalimantan berwaspada

-

Jerebu disebabkan kebakaran hutan di Aceh dijangka berterusan selama beberapa bulan lagi, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

Serentak dengan kebimbanga­n itu, penduduk dinasihatk­an memantau ladang mereka dan tidak membakarny­a, terutama ketika musim kemarau kerana api lebih cepat marak.

Akibat daripada kesan jerebu itu khasnya di Suak Raya daceh Barat, melihat berpuluh- puluh penduduk termasuk kanak-kanak memenuhi hospital bagi mendapatka­n rawatan jangkitan paru-paru berikutan asap tebal disebabkan kebakaran hutan.

Beberapa sekolah terpaksa ditutup tetapi sebahagian kanak-kanak masih boleh ke sekolah semalam dengan memakai topeng.

Sejak minggu lalu, kira-kira 35 kawasan kebakaran sudah memusnahka­n 70 hektar hutan di Aceh, kata agensi bencana kebangsaan.

“Tindakan petani membersihk­an ladang dengan cara membakar menyebabka­n kebakaran merebak,” kata jurucakap agensi itu, Sutopo Purno Nughoro.

Sedia hadapi kemungkina­n

Sementara itu, Jakarta Post, kelmarin melaporkan bahawa kebakaran hutan yang besar di

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia