Berita Harian

China bebas empat rakyat Jepun terbabit ‘aktiviti haram’

-

Tokyo: Seramai empat daripada enam warga Jepun yang ditahan di China sejak Mac lalu, atas tuduhan terbabit dalam ‘aktiviti haram’ sudah dibebaskan, semalam.

“Empat daripada enam rakyat Jepun yang ditahan di Wilayah Shandong dan Hainan pada Mac lalu sudah kembali ke Jepun,” kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun,, Yoshihide Suga pada satu sidang media di sini.

Namun, Suga enggan mendedahka­n faktor yang mendorong pembebasan empat rakyat Jepun itu.

Sebelum ini, Kementeria­n Luar China berkata, enam warga Jepun itu ditahan kerana disyaki terbabit dalam ‘kegiatan haram’.

Kedua-dua wilayah, iaitu Shandong dan Hainan menempatka­n beberapa pangkalan tentera China.

Selamat pulang

Sementara itu, NC Geophysica­l Survey Co, yang terletak di bandar Funabashi berhampira­n Tokyo, mengesahka­n tiga daripada empat lelaki yang ditahan dan disahkan selamat pulang ke Jepun adalah kakitangan­nya.

Jurucakap syarikat itu berkata, empat kakitangan dihantar bertugas di China pada Mac lalu bagi menjalanka­n penyelidik­an geologi atas permintaan dua pemaju kolam air panas di negara itu.

Bagaimanap­un, seorang lagi kakitangan syarikat itu masih ditahan pihak berkuasa China.

Sementara itu, polis di Beijing menahan 67 orang kerana mengganggu ketenteram­an awam selepas penunjuk perasaan berkumpul untuk mengadakan bantahan terhadap kerajaan yang menyasarka­n pertubuhan kebajikan secara tidak adil.

Skim piramid

Walaupun ada beribu-ribu bantahan setiap tahun di China mengenai segalagala­nya, daripada pencemaran kepada rasuah, bantahan besar jarang berlaku di Beijing yang dikawal ketat, dengan Parti Komunis lebih menghargai kestabilan berbanding yang lain.

Agensi berita Xinhua melaporkan, lewat minggu lalu polis menahan eksekutif syarikat Shanxinhui, menuduh mereka menjalanka­n skim piramid dan memperdaya orang ramai untuk menyerahka­n wang mereka atas nama mengutip sumbangan bagi orang miskin.

Polis Beijing dalam kenyataan lewat semalam berkata, 67 orang ditahan kerana terbabit dalam bantahan hingga menyebabka­n pihak berkuasa terpaksa menutup jalan raya utama di kawasan kejiranan di selatan bandar raya itu.

Sebahagian yang ditahan, walaupun disifatkan bukan ancaman dan menyatakan kekesalan, dibebaskan selepas diberi ‘pendidikan peraturan undang-undang’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia