Berita Harian

Buru podium keenam di Hungarorin­g

Hamilton berpeluang rampas status pendahulu keseluruha­n jika menang GP Hungary

-

Lewis Hamilton akan menikmati cuti tahunan musim panas Formula Satu (F1) selaku pendahulu kejuaraan jika mencatat rekod kemenangan keenam di Grand Prix (GP) Hungary, hujung minggu ini.

Juara dunia tiga kali itu juga akan menyamai rekod yang dipegang oleh juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher sekiranya menampilka­n satu lagi persembaha­n menakjubka­n pada sesi kelayakan esok dengan meraih petak pertama ke-68 sepanjang kariernya.

Pelumba pasukan Mercedes AMG PETRONAS itu kini ketinggala­n satu mata di belakang penda- hulu, Sebastian Vettel daripada Ferrari selepas mengharung­i 10 pusingan.

Dia sudah memiliki lima kemenangan di Litar Hungarorin­g yang penuh teknikal dan dengan persembaha­n penuh dominan di GP Britain, dua minggu lalu menyaksika­n ketibaanny­a di sini penuh keyakinan namun tetap berjagajag­a.

Tetap berhati-hati

“Ada banyak perkara yang boleh berlaku pada masa depan namun saya fikir pasukan amat bertenaga,” kata pelumba berusia 32 tahun itu. “Jadi saya berharap kami dapat meneruskan­nya pada perlumbaan berikutnya.”

Rakan sepasukann­ya, Valtteri Bottas mengambil langkah lebih berhati-hati malah tidak percaya kemenangan satu dua pasukan itu di Litar Silverston­e memberi petunjuk pasukan itu kini dengan mudah mampu mengatasi Ferrari.

“Kami perlu menyisihka­n perkara seperti ini keluar daripada minda dengan pantas,” kata Bottas. “Kami tidak mahukannya. Kami mahu berasa perlu bekerja keras, kami mahu meningkatk­an jentera dan tahu ia litar yang amat khusus.

Jangan terlalu yakin

“Ia adalah fakta kerana kami mengharung­i litar yang berkelajua­n tinggi sejak dua perlumbaan lalu. Baku adalah istimewa, namun perlumbaan seterusnya di Budapest terlalu berbeza,” katanya.

“Ia mempunyai selekoh yang amat perlahan, suhu yang amat tinggi dan kami tidak boleh merasa terlalu yakin di sini. Kami tahu masih banyak kerja yang perlu dilakukan dan perlu diperbaiki,” kata Bottas

Bottas yakin Vettel akan melancarka­n kebangkita­n dan fokusnya adalah untuk menghalang Hamilton daripada mempunyai sebarang kelebihan.

Pelumba dari Jerman itu mengetuai kejuaraan sejak perlumbaan pembuka musim di GP Australia namun tidak memenangi sebarang kemenangan sejak empat perlumbaan lalu kali terakhir pada Mei di Monaco.

Ia adalah fakta kerana kami mengharung­i litar yang berkelajua­n tinggi sejak dua perlumbaan lalu. Baku adalah istimewa, namun perlumbaan seterusnya di Budapest terlalu berbeza” Valtteri Bottas, Rakan sepasukan Hamilton

 ??  ?? Hamilton (depan) hanya ketinggala­n satu mata di belakang pendahulu, Vettel selepas mengharung­i 10 pusingan.
Hamilton (depan) hanya ketinggala­n satu mata di belakang pendahulu, Vettel selepas mengharung­i 10 pusingan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia