Berita Harian

Djokovic ‘tutup kedai’ 2017

-

Paris: Novak Djokovic mengumumka­n untuk tidak lagi beraksi pada baki musim ini untuk berehat ekoran kecederaan siku, dan hanya akan kembali pada Januari tahun depan.

Djokovic bergelut dengan prestasi sepanjang 18 bulan lalu kerana kecederaan pada siku kanan sehingga menyaksika­nnya gagal menambah koleksi kejuaraan utama sejak Terbuka Perancis 2016.

Keputusan itu bakal menyaksika­n Djokovic buat pertama kali tidak akan beraksi di Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang menawarkan hadiah kejuaraan tenis yang paling dinantikan pemain utama dunia.

Hadiah kemenangan Terbuka AS tahun ini meningkat kepada AS$50 juta (RM214.3 juta) sekali gus menjadikan­nya sebagai kejohanan yang menawarkan habuan paling tinggi dalam acara tenis.

Hormati fizikal

Persatuan Tenis AS (USTA), dalam satu kenyataan berkata, hadiah yang ditawarkan pada kali ini ditambah sebanyak AS$4 juta (RM17.1 juta), menjadikan jumlah keseluruha­n AS$50.4 juta (RM173.2 juta).

Pemenang kategori perseorang­an dan lelaki akan meraih AS$3.7 juta (RM15.8 juta), manakala hadiah tunai untuk setiap pusingan juga meningkat dengan purata 7.5 peratus berbanding edisi 2016.

“Badan saya juga ada had dan saya perlu hormati fizikal saya. Saya gembira dengan apa yang saya capai setakat ini,” kata Djokovic.

Dalam 12 kejohanan disertainy­a, Djokovic nyata tidak berada pada prestasi terbaik apabila menang 32 perlawanan dan tewas lapan kali sepanjang musim ini.

 ??  ?? Novak Djokovic
Novak Djokovic

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia