Berita Harian

Marchisio kecewakan PSG

-

Miami: Dua gol daripada Claudio Marchisio di babak kedua sudah memadai buat Juventus untuk menewaskan Paris saint-germain (PSG), 3-2 pada aksi Piala Juarajuara Antarabang­sa, semalam.

Kekalahan itu menyaksika­n kelab Perancis berkenaan terpaksa pulang awal selepas mengalami dua kekalahan berturuttu­rut sebelum ini.

Gol kemenangan

Marchisio - pemain antarabang­sa Itali meledak gol kedua Juventus pada minit ke-62 untuk menafikan jaringan penyamaan PSG menerusi Gonzalo Guedes pada minit ke-53 selepas Gonzalo Higuain membuka tirai jaringan pembukaan perlawanan.

Walaupun anak buah Unai Emery memberi saingan sengit, namun di penghujung permainan, Marchisio tampil buat kali kedua sebagai pemusnah apabila menyempurn­akan sepakan penalti selepas Moise Kean dijatuhkan dalam kotak penalti.

Ia menjadi perlawanan terakhir PSG di Amerika Syarikat. Selepas ini mereka akan menentang Monaco di Maghribi.

Sebelum ini, PSG sekadar seri 1-1 menentang AS Roma sebelum mengalami kekalahan kepada kelab Inggeris, Tottenham Hotspur.

 ??  ?? Claudio Marchisio
Claudio Marchisio

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia