Mourinho puas walaupun tewas
Washington: Manchester United mengakhiri jelajah pramusim di Amerika Syarikat (AS) dengan kekalahan selepas tunduk 1-0 kepada Barcelona dalam aksi persahabatan Piala Juara-juara Antarabangsa, semalam.
Neymar menjaringkan gol tunggal perlawanan namun secara keseluruhannya Jose Mourinho tetap berpuas hati dengan prestasi serta tahap kecergasan pemainnya menjelang musim baharu.
Pada babak pertama, Barca mengawal permainan tetapi gagal melakukan penyudah berkesan dengan menyaksikan penjaga gol United, David de Gea tampil cemerlang menafikan percubaan bahaya.
Bangga tewas kepada Barca
“Ketika pra musim, ia jadi kekalahan yang cukup penting,” kata Mourinho. “Saya rasa agak malang jika kita meninggalkan AS tanpa sebarang kekalahan.
“Menentang pasukan seperti Real Madrid, Barcelona, Manchester City, ia pasti malang sekiranya kita pulang dengan kejayaan.
“Kami sudah melakukan perkara baik dan buruk. Sudah pasti ia perkara yang sangat bagus untuk peningkatan pasukan,” katanya.
Dalam masa sama, Mourinho nyata kagum dengan prestasi Paul Pogba dan yakin pemain tengah itu adalah antara pemain terbaik di dunia.
“Hanya ada seorang Lionel Messi, Neymar, Luis Suarez, Andres Iniesta, Gerard Pique, Cristiano Ronaldo, Gareth Bale, Luka Modric, Toni Kroos. Mereka hanya boleh beraksi dengan satu kelab.
“Kami tidak boleh dapatkan mereka tetapi saya katakan Pogba mampu melakukan perkara sama dengan semua pemain itu mereka,” katanya.