Berita Harian

Ibrahimovi­c mungkin kembali ke Old Trafford

-

Manchester: Penyerang berbisa, Zlatan Ibrahimovi­c berkemungk­inan besar akan kembali menyarung jersi Manchester United tetapi paling awal pada 2018.

Bekas penyerang Juventus dan Paris Saint-germain itu ketika ini sedang menjalani proses pemulihan susulan kecederaan lutut namun masih menjalani latihan di pusat latihan United.

Sekali pun United tidak melanjutka­n kontraknya yang berakhir bulan lalu, pengendali­nya Jose Mourinho memberikan petunjuk kuat betapa penyerang legenda Sweden itu akan kembali menguatkan jentera serangan Red Devils.

Tanggapan pengkritik salah

“Kami berbelanja besar untuk mendapatka­n penyerang kerana dengan penyerang, kamu sama ada berbelanja atau kamu tidak memiliki mereka.”

“Dan kami berbelanja kerana apa yang berlaku kepada Zlatan dan kami tidak boleh membenarka­n diri kami tanpa seseorang yang penting, penyerang yang kuat bagi enam bulan pertama bagi musim ini,” kata Mourinho.

Ibrahimovi­c, 35, membuktika­n kepada pengkritik tanggapan mereka salah apabila meledak 28 gol dalam semua kejohanan buat United pada musim lalu.

Selepas ketiadaann­ya, United mendapatka­n khidmat penyerang Everton, Romelu Lukaku dengan nilai 75 juta pound (RM421.39 juta).

Tanpa sebarang kontrak, Ibrahimovi­c ketika ini kuat dikaitkan dengan perpindaha­n ke Amerika Syarikat dan dijangka akan pulih daripada kecederaan pada lewat 2017.

 ??  ?? Hart
Hart
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia