Berita Harian

Idam khidmat Kane

Sentiasa jadi pilihan utama jika Chelsea mahu tambah penyerang

-

Antonio Conte mendedahka­n jika dia berpeluang untuk membeli mana-mana penyerang di dunia, pilihannya adalah bintang Tottenham Hotspur, Harry Kane.

Chelsea yang dibimbingn­ya baharu sahaja menghabisk­an 70 juta pound (RM393.70 juta) bagi mendapatka­n Alvaro Morata dari Real Madrid dan kelab dari London itu tidak akan berbelanja bagi posisi yang sama.

Juara Inggeris itu juga tidak akan mengemukak­an bidaan untuk Kane pada musim panas ini namun Conte mengakui mengagumi bakat yang disemai oleh Mauricio Pochettino itu dan bukan semata-mata ketajamann­ya di atas padang.

“Bagi saya, Kane ketika ini adalah antara seorang penyerang terbaik di dunia,” kata Conte. “Jika saya perlu membeli seorang penyerang, saya akan memilih Kane.

“Dia adalah penyerang yang lengkap. Dia kuat secara fizikal apabila memegang bola, tanpa bola, dia bertarung dan kuat di udara dan memiliki gerakan akrobatik di kiri dan kanan.

“Dia pemain yang lengkap. Tetapi jika kamu ingin membeli Kane ketika ini, harganya sekurang-kurangnya 100 juta pound (RM561.86 juta). Sekurang-kurangnya.

“Bagi saya, jika saya mengetahui mengenai harga penyerang itu, saya tahu dengan pasti dia adalah penyerang yang hebat,” katanya.

Walker dalam senarai

Selain meminati Kane, Chelsea juga berminat untuk men- dapatkan seorang lagi bintang Spurs, iaitu Kyle Walker sebelum pertahanan England itu memilih Manchester City yang berbelanja 54 juta pound (RM303.40 juta).

“Semua pemain adalah mahal,” kata Conte. “Kamu ingin pergi membeli pertahanan kanan, kiri atau tengah dan mereka amat mahal. Jika kamu mahu Kyle Walker, kamu tahu dia mahal.

“Kami pernah cuba untuk membelinya. Jadi amat sukar bagi semua pasukan yang memerlukan penambahan kualiti dalam skuad mereka,” katanya.

Chelsea musim lalu menamatkan saingan liga tujuh mata meninggalk­an Tottenham dan kedua-duanya dijadual bertemu pada minggu kedua Liga Perdana Inggeris, musim depan.

 ??  ?? Conte mengakui mengagumi bakat yang dimiliki penyerang Spurs, Kane.
Conte mengakui mengagumi bakat yang dimiliki penyerang Spurs, Kane.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia