Berita Harian

Pembawa bendera diketahui 10 Ogos

-

Kuala Lumpur: Teka teki mengenai pembawa Jalur Gemilang serta sasaran kontinjen negara di Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur hanya akan diketahui pada 10 Ogos ini.

Ketua kontinjen negara, Datuk Marina Chin, berkata persoalan mengenai tokoh pembawa Jalur Gemilang, pelari obor, sasaran, jumlah sebenar kontinjen negara semuanya akan terjawab pada 10 Ogos ini.

Majlis penyerahan Jalur Gemilang akan diadakan pada 10 Ogos yang juga hari terakhir penutupan kem latihan pusat kontinjen negara akan disempurna­kan oleh Yang di-pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

“Semuanya akan diumumkan pada 10 Ogos depan termasukla­h senarai terkini kontinjen negara, pembawa bendera, pembawa obor dan sebagainya.

“Kriteria pembawa negara juga buat masa ini sedang dibincangk­an,” kata Marina ketika ditemui pada sidang media Penajaan Bata kepada kontinjen negara di Majlis Olimpik Malaysia (MOM), di sini hari ini.

Elak cedera

Pada temasya lalu di Singapura, penerjun wanita negara, Leong Mun Yee dipilih menjadi pembawa bendera negara.

Mengenai beberapa kes kecederaan yang dihadapi atlet negara ketika ini dengan yang terbaru sekali membabitka­n pemain perseorang­an wanita Goh Jin Wei, Marina sekali lagi mengingatk­an semua atlet sentiasa berhati-hati dalam kehidupan seharian supaya dapat mengelakka­n diri daripada sebarang bentuk kecederaan.

“Dalam sukan, kecederaan boleh berlaku pada bila-bila masa dan ia adalah satu perkara biasa.

“Saya tidak harap kecederaan terjadi kepada mana-mana atlet, tetapi jika ia berlaku kita mempunyai pelan B, apa pun saya harap ia tidak menjejaska­n persiapan pasukan Malaysia nanti,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia