Berita Harian

Bata tambah tajaan

1,263 atlet, pegawai terima kasut sukan rekaan khas untuk perbarisan

- Oleh Jumiati Rosly dan Mohd Khairie Khalid

Pengeluar kasut jenama global, Bata Malaysia Sdn Bhd (Bata) meneruskan sokongan sebagai penaja kasut rasmi kontinjen Sukan SEA negara dengan tajaan membabitka­n 1,500 pasang, bernilai kirakira RM300,000.

“Ketika Sukan SEA Ke-27 di Myanmar, Bata menaja 800 pasang kasut, manakala temasya dua tahun lalu di Singapura sebanyak 900 pasang dan kali ini 1,500 pasang.

“Jika kami perlu membelinya, ia bermakna kita memerlukan duit perbelanja­an yang lebih banyak,” kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar ketika majlis penajaan Bata kepada kontinjen negara di Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini, semalam.

Hubungan erat 20 tahun

Katanya, beliau mengharapk­an kerjasama dan hubungan erat antara MOM dan Bata sejak lebih 20 tahun lalu berterusan bagi tempoh lebih lama.

Kontinjen negara seramai 1,263 atlet dan pegawai bakal menerima kasut sukan yang direka khas serta kasut kulit bagi kegunaan ketika perbarisan majlis pembukaan temasya dwitahunan yang bermula 19 hingga 30 Ogos itu.

Pengurus Negara Bata Malaysia, Ajay Ramachandr­an, berkata pihaknya mengemukak­an enam rekaan kasut Power kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Khairy sendiri memilih kasut sukan yang mempunyai jalur Harimau Malaya berwarna hitam dan kuning.

“Rekaan kasut ini bagaimanap­un dibuat eksklusif untuk kontinjen negara yang mewakili Malaysia. Orang ramai bagaimanap­un berpeluang untuk memiliki kasut seakan-akan rekaan ini dengan tema yang sama di kedai jualan kami tidak lama lagi,” katanya.

 ?? [FOTO OWEE AH CHUN/BH] ?? Tunku Imran (tengah) dan Ramachandr­an bersama atlet pada majlis penajaan Bata di MOM, semalam.
[FOTO OWEE AH CHUN/BH] Tunku Imran (tengah) dan Ramachandr­an bersama atlet pada majlis penajaan Bata di MOM, semalam.
 ??  ?? Jumlah tajaan kasut Bata 2017: 1,500 pasang 2015: 900 pasang 2013: 800 pasang
Jumlah tajaan kasut Bata 2017: 1,500 pasang 2015: 900 pasang 2013: 800 pasang
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia