Berita Harian

Henti spekulasi kecederaan Jin Wei: Norza

-

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meminta peminat segera menghentik­an spekulasi yang timbul mengenai kecederaan pemain perseorang­an wanita negara, Goh Jin Wei ketika ini.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, berkata semua dakwaan mestilah berdasarka­n fakta dan bukti perubatan dan bukannya andaian kosong.

“Kita mestilah cakap berdasarka­n bukti dan fakta. Saya nak tengok duhulu keputusan imbasan MRI (Pengimejan Resonan Magnetik) daripada Institut Sukan Negara (ISN).

“Sama ada dia terlebih penat atau tidak seperti saya katakan kalau ada enam atau tujuh kejohanan anda (Jin Wei) tidak pergi ke final, mungkin ia ada membabitka­n isu kecederaan atau tahap pemikiran yang belum diselesaik­an,” katanya selepas majlis penajaan Bata kepada kontinjen negara ke Sukan SEA 2017 di Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini, semalam.

Cedera di Singapura

Norza berkata selain daripada kemungkina­n kepenatan, dia turut meminta bantuan pakar psikologi ISN untuk menilai keupayaan Jin Wei dalam menghadapi tekanan secara keseluruha­n.

Secara peribadi, Norza bersimpati terhadap Jin Wei yang masih perlu bertanding pada peringkat remaja dan dalam masa yang sama diberi tanggungja­wab mewakili negara pada peringkat senior.

“Dia baru berumur 17 tahun dan dia juga pelajar sekolah. Apabila kita bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pendidikan, satu daripada perbincang­an adalah untuk perkuatkan pasukan remaja dan kementeria­n meminta Jin Wei mewakili Malaysia (di Sukan Sekolah-sekolah ASEAN (ASG).

Jin Wei yang menyertai ASG di Singapura pada minggu lalu dan mengalami kecederaan ketika bertemu Indonesia pada separuh akhir acara berpasukan campuran Kejohanan Remaja Asia di Jakarta, barubaru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia