Berita Harian

Pelan kontingens­i jerebu dirangka

Marina harap masalah rentas sempadan tak jejas temasya dwitahunan

- Oleh Jumiati Rosly dan Mohd Khairie Khalid

Ketua Kontinjen Sukan SEA negara, Datuk Marina Chin berharap Malaysia tidak akan diganggu oleh masalah jerebu bagi memastikan atlet negara berada dalam tahap terbaik untuk muncul juara keseluruha­n temasya dwitahunan itu bulan depan.

“Jika berlaku juga, pihak Jawatankua­sa Penganjur Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (MASOC) akan berbincang dan mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Marina berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Penajaan Bata kepada kontinjen negara di Majlis Olimpik Malaysia (MOM), di sini, semalam.

Terdahulu, Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia (BNPB) memberi amaran ancaman kebakaran hutan semakin meningkat berikutan musim kemarau yang dijangka mencapai kemuncakny­a dalam beberapa bulan ini, dan kawasan panas dikesan di Wilayah Acheh mula mengeluark­an asap tebal.

Indonesia beri jaminan

Bagaimanap­un, Indonesia sudah memberi jaminan bahawa masalah jerebu tidak akan berulang di Malaysia.

KL2017 yang akan berlangsun­g pada 19 hingga 30 Ogos depan.

Marina berkata, sepanjang penganjura­n acara sukan berprestij sebelum ini, Malaysia terkecuali daripada masalah cuaca sekali gus menaruh harapan tinggi supaya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) berjalan lancar.

“Tentang kemungkina­n berlakunya jerebu semasa Sukan SEA nanti, saya tidak bimbang kerana selama ini semasa kita mengadakan kejohanan besar di Malaysia keadaan jerebu tidak berlaku.

“Saya yakin kali ini juga kita akan dapat cuaca yang baik untuk Sukan SEA,” katanya.

Cuaca baik

Sementara itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar berkata setiap kali Malaysia menganjurk­an temasya sukan antarabang­sa, keadaan cuaca di negara ini biasanya baik dan tidak mendatangk­an masalah sehingga mengganggu penganjura­n.

“Kita tidak boleh kawal cuaca, tapi kita boleh pastikan cuaca sentiasa baik semasa kejohanan kita berlangsun­g pada masa lalu.

“Kita percaya tahun ini cuaca akan turut baik. Setahun sebelum kita hoskan Sukan Komanwel 1998, kita menghadapi masalah jerebu sangat teruk dan delegasi yang menghadiri kejohanan sangat bimbang, namun semasa kejohanan, segala-galanya adalah baik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia