Berita Harian

‘Triple bogey’ hampir ragut kedudukan sebagai pendahulu

-

Kuala Lumpur: Danny Chia terus mengekalka­n kedudukan pendahulu Kejuaraan CIMB Kebangsaan dengan kelebihan satu pukulan biarpun bergelut dengan catatan satu di atas par 73 pada hari ketiga di TPC Kuala Lumpur, semalam.

Walaupun bermula baik, kesilapan triple bogey pada lubang ke-12 dan bogey ke-13 hampir meragut kedudukan pendahulu daripada pemain veteran itu yang bangkit membenam birdie pada lubang ke-17 untuk mengumpul lima di bawah par 211.

Dia terus diekori rapat oleh pendahulu hari pertama Ben Leong yang mencatat satu di bawah par 71 dan pemain muda Amir Nazrin Jailani (catatan par) dengan satu pukulan di belakang sekali gus menyaksika­n pemburuan tiket ke saingan CIMB Classic Oktober ini semakin mendebarka­n.

Lubang terakhir

“Angin sedikit kuat pada sembilan lubang terakhir dan ia bukan satu petanda yang baik untuk saya melakukan triple bogey pada lubang ke-12,” kata Chia yang memburu kelayakan kali ketiga di CIMB Classic dan penyertaan kali keenamnya di kejohanan Jelajah PGA itu.

“Tetapi saya terus berkata selepas lubang ke-14 yang saya perlu mencatat satu atau dua birdie untuk tidak pulang hampa. Mujur saya dapat melakukann­ya pada lubang ke-17.

“Bagaimanap­un, satu di atas par adalah catatan yang agak bagus, semoga saya dapat mengekalka­n corak pukulan putt seperti hari ini (semalam)... Cuma saya perlu tingkatkan pukulan driver saya,” katanya.

Sementara itu, birdie sejauh 20 kaki pada lubang ke-18 melonjakka­n Gavin Kyle Green berkongsi kedudukan keempat bersama Wilson Choo dengan keseluruha­n 214 pukulan, tiga di belakang Chia sekali gus masih berpeluang memenangi aksi akhir hari ini.

 ??  ?? Danny Chia
Danny Chia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia