Berita Harian

10,000 peserta dijangka sertai Larian Half Marathon Seremban 2017

- Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) menyasarka­n menarik penyertaan lebih 10,000 peserta mengambil bahagian pada Larian Half Marathon Seremban 2017, yang akan diadakan di Padang MPS, pada 10 September ini.

Pengerusi pengelola, Amy Chua Monk Yew, berkata tiga kategori utama dipertandi­ngkan iaitu terbuka, pelajar sekolah dan khas untuk orang kurang upaya (OKU).

Katanya, 3,000 peserta dijangka akan menyertai kategori terbuka, 7,000 pelajar sekolah dan 300 peserta OKU.

“Bagi kategori terbuka, larian akan membabitka­n jarak sejauh 21 kilometer (km) manakala pelajar sekolah 10km.

“Larian kali ini dijangka lebih meriah kerana ia dibuat sempena 30 tahun penganjura­nnya,” katanya di sini, semalam.

Bakat muda

Katanya, hasil kutipan penyertaan daripada acara berkenaan akan digunakan untuk membiayai bakat muda dalam beberapa acara sukan, selain turut disumbangk­an kepada badan kebajikan iaitu Yayasan Tunku Naquiyuddi­n dan Yayasan Tunku Nurul Hayati.

Monk Yew berkata, Larian Half Marathon Seremban adalah acara tahunan terbesar di Negeri Sembilan dan sememangny­a ia amat ditunggu-tunggu oleh ribuan peserta dari seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya mendapat kerjasama daripada Persatuan Olahraga Amatur Negeri Sembilan (POANS) dan yakin saingan kali ini dijangka lebih sengit daripada peserta.

“Peminat boleh melayari laman web http://www.serembanha­lfmarathon.my bagi mendapatka­n keterangan lanjut manakala tarikh tutup penyertaan, 27 Ogos ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia